TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

PENAMPANG – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini semakin diiktiraf sebagai laluan utama dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri, kata Pegawai Latihan Vokasional, Mohd Sophian Kandae.

Beliau berkata, ia sekali gus menepis tanggapan bahawa TVET hanyalah pilihan kedua selepas aliran akademik.

“Mesej itu juga menjadi fokus utama penganjuran Jelajah TVET ILKBS 2026 Zon Borneo yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini hingga esok di International Technology & Commercial Centre (ITCC) Mall, Penampang.

“Kemuncak perasmian itu akan disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Anak Bimol, pada esok,” katanya ketika ditemui, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Mohd Sophian berkata, program itu juga menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peluang pendidikan, latihan dan kerjaya yang ditawarkan menerusi TVET.

Katanya, belia juga berpeluang mendapatkan maklumat secara terus mengenai laluan pendidikan, pensijilan kemahiran serta prospek pekerjaan yang ditawarkan

“Selama tempoh dua hari ini, pengunjung berpeluang mengikuti pelbagai pengisian termasuk pameran TVET, sesi perkongsian bersama pihak industri, taklimat kerjaya MyFutureJobs, pertandingan kemahiran serta ceramah berkaitan teknologi dan keperluan tenaga kerja masa hadapan.

“Program itu turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara institusi latihan dan pihak industri, selain penyampaian sijil serta surat tawaran pekerjaan kepada calon berjaya,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap program itu dapat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap TVET sebagai antara laluan utama melahirkan tenaga kerja mahir yang diperlukan industri.

Related Posts

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

KUANTAN – Polis menahan tujuh pelajar sebuah sekolah agama di Rompin, kerana disyaki terbabit dalam dua kejadian buli, bulan ini. Mangsa terdiri daripada tiga pelajar berusia 14 tahun yang belajar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua wanita ditahan disyaki ejen judi atas talian

SARATOK – Dua wanita tempatan ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian tambah nilai dalam talian dalam dua serbuan berasingan di sekitar pekan Saratok, semalam. Ketua Polis Daerah Saratok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi atas talian

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi atas talian

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan