Paip pecah, laluan Pujut Corner ke Bulatan GK ditutup sementara

MIRI – Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengelakkan sementara penggunaan laluan dari Pujut Corner ke Bulatan GK berikutan insiden paip air pecah yang menyebabkan keadaan jalan tidak selamat untuk dilalui.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, sebahagian laluan utama tersebut kini ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan segera oleh pihak berwajib.

Menurut beliau, pengguna jalan raya disarankan menggunakan laluan alternatif bagi menjamin keselamatan diri selain mengelakkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan berkenaan.

“Saya telah meminta pihak polis trafik untuk membantu mengawal aliran lalu lintas bagi memastikan gangguan trafik dapat diminimumkan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya memaklumkan, insiden paip pecah itu turut mengakibatkan gangguan bekalan air sementara di lapan kawasan utama.

Antara kawasan yang terjejas termasuklah Piasau, Permyjaya, Tudan, Lutong, Senadin, Southlake, Vista Perdana dan Kuala Baram serta kawasan perumahan di sekitarnya.

Jelasnya, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 5 petang ini, manakala lori tangki air telah digerakkan ke kawasan yang memerlukan bekalan khususnya melibatkan premis-premis kritikal.

Choon Man turut memohon kerjasama orang ramai supaya bersabar sepanjang kerja-kerja baik pulih berlangsung serta mematuhi segala arahan pihak berkuasa di lokasi kejadian.

Tambahnya, pengguna jalan raya yang terpaksa melalui kawasan berhampiran dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati.

Segala maklumat lanjut berhubung penutupan jalan dan laluan alternatif boleh dirujuk menerusi notis rasmi yang dikeluarkan oleh Sarawak Water Berhad, manakala pembukaan semula jalan akan dimaklumkan selepas keadaan disahkan selamat.

Related Posts

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera