RCI Tabung Haji dibahas 11 Ogos, Ahli Parlimen diminta teliti fakta sebenar

KOTA KINABALU – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) yang dijadual dibahaskan di Parlimen pada 11 Ogos ini perlu diberi perhatian serius bagi memastikan fakta sebenar dapat difahami secara menyeluruh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, semua Ahli Parlimen perlu meneliti laporan berkenaan secara terperinci sebelum sebarang keputusan atau tindakan susulan dibuat.

“Kita akan bahas, kita pulangkan kepada ahli-ahli Parlimen untuk membahas, saya fikir ini juga penting untuk kita mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

“Kita harap selepas sahaja laporan ini sudah dibentang, dibahas dan sekiranya ada perlu dibuat oleh pihak-pihak yang berkaitan untuk melakukan siasatan dan tindakan selanjutnya, Itu kita pulangkanlah kepada agensi-agensi yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2025 Parlimen Sepanggar di Dewan Citra Kolej Tingkatan Enam (Pra Universiti), di sini pada Jumaat.

Dalam perkara berasingan, Mustapha berkata, Pakatan Harapan kini meneliti dan mengkaji faktor yang menyumbang kepada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijangka berlangsung tahun hadapan.

“Kita sedang mengkaji apa yang telah berlaku dan kita sudah mendapat beberapa analisis dan memang ini sedikit sebanyak memberi kesan, tetapi saya fikir kita ada masa lagi untuk kita memperbaiki kelemahan-kelmahan.

“Satu dapatan yang kita dapati bahawa sekarang ini sentimen mengatasi prestasi. Itu yang saya fikir agak membimbangkan kita kerana kalau kita lihat, ada sedikit prestasi ekonomi negara dan juga prestasi kerajaan negeri, seolah-olah ia tidak diambil kira dalam pertimbangan.

“Jadi sentimen itu lebih dominan. Itu pun kita kena fikirkan sama ada ini baik untuk negara atau tidak,” katanya.

Menurutnya, kerajaan turut meneliti sama ada mesej berkaitan insentif dan pencapaian yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri serta Kerajaan Persekutuan tidak sampai kepada rakyat, selain mengenal pasti isu-isu lain yang lebih mendasar.


Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET