Semarak Bulan Kebangsaan tingkat kesedaran pelihara keharmonian kaum

Oleh: Haziq Azhar, Haziq Musa & Hafiq Hassan

KUCHING – Sambutan Bulan Kebangsaan seharusnya dinilai lebih daripada sekadar amalan mengibarkan Jalur Gemilang mahupun bendera negeri, sebaliknya ia perlu diterjemahkan menerusi penghayatan sejarah serta semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat. 

Rata-rata rakyat berpendapat, kemakmuran yang dikecapi pada hari ini bukan sesuatu yang datang dengan mudah, lantaran itu nilai keharmonian perlu terus dipertahankan demi generasi masa hadapan.  

Pekerja swasta, Noorhasniza, 36, berkata kekuatan sesebuah negara itu amat bergantung kepada penyatuan rakyatnya yang saling menghormati merentasi batas kaum, agama dan negeri.  

Menurutnya, semangat bertoleransi serta kerjasama yang diamalkan oleh masyarakat di Sarawak sewajarnya diangkat sebagai contoh terbaik untuk seluruh negara.  

“Apabila kita bersatu, kita akan lebih mudah menghadapi pelbagai cabaran dari sudut ekonomi, pendidikan, teknologi serta pembangunan demi masa depan yang lebih baik,” katanya. 

Nada sama turut disuarakan oleh Eksekutif Operasi Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat (AFRS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Muhammad Haniff Salaini, 29, yang menyifatkan perpaduan sebagai teras kekuatan negara.  

Jelasnya, semangat kebersamaan rakyat Malaysia sering terserlah apabila berdepan dengan situasi kecemasan atau bencana apabila semua pihak sanggup bersatu hati menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang.  

“Selagi kita terus menghormati antara satu sama lain dan mengutamakan kepentingan bersama, saya yakin Malaysia dan Sarawak akan terus kekal sebagai sebuah negara dan negeri yang aman serta progresif,” ujarnya.  

Dalam pada itu, pekerja swasta, Gerraldos Gilles, 32, meluahkan rasa kesal apabila sejarah pengorbanan pejuang terdahulu yang melibatkan perjuangan bersenjata serta rundingan penjajah dilihat semakin kurang diberi penekanan di bangku sekolah mahupun menerusi tayangan dokumentari.  

Tegasnya, unsur perpaduan dan keharmonian tidak seharusnya wujud ‘di atas kertas’ semata-mata, apatah lagi jika wujud sikap masyarakat yang menyalahkan entiti politik kononnya sebagai memecah-belahkan rakyat.  

“Nilai hormat-menghormati dan semangat perpaduan ini seharusnya bermula di rumah dan diamalkan apabila melangkah keluar. Kita perlu meraikan perbezaan dan kepelbagaian kaum agar keharmonian dicapai tanpa sikap prejudis,” jelasnya.  

Sementara itu, penjawat awam, Barina Nani, 32, turut menaruh harapan agar seluruh rakyat menghargai erti kemerdekaan dengan bersama-sama memupuk semangat patriotisme.  

Tambahnya, nilai perpaduan tersebut perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan kemajuan negara dapat terus dinikmati oleh generasi pewaris masa kini dan akan datang.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX