Kerajaan arah MAG semak semula saringan juruterbang, perketat keselamatan lapangan terbang

PUTRAJAYA – Kerajaan mengarahkan Malaysia Aviation Group (MAG) menyemak semula protokol saringan latar belakang dan kesihatan juruterbang serta pembantu juruterbang, susulan penahanan seorang penolong juruterbang Malaysia Airlines (MAS) di Indonesia yang disyaki terbabit dalam cubaan menyeludup dadah.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri selepas menerima taklimat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan mengenai insiden berkenaan.

“Jemaah Menteri meminta MAG menilai semula protokol saringan mereka, termasuk aspek latar belakang dan kesihatan juruterbang serta pembantu juruterbang dengan mengambil kira insiden yang telah berlaku,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, pada Rabu.

Selain itu, kerajaan turut memutuskan supaya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditempatkan bersama pasukan Aviation Security (AVSEC) di lapangan terbang bagi memperkukuh kawalan keselamatan.

Fahmi berkata, KDN dan PDRM juga diarahkan mengenal pasti serta menutup sebarang kelemahan dalam sistem keselamatan penerbangan yang berpotensi dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Media sebelum ini melaporkan seorang penolong juruterbang Malaysia Airlines ditahan pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta selepas disyaki cuba menyeludup 26 kilogram dadah jenis ekstasi.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata kerajaan masih menunggu laporan penuh berhubung kes berkenaan sebelum memutuskan sama ada tindakan tambahan perlu dilaksanakan.

Beliau menegaskan kerajaan juga mahu mengenal pasti sama ada terdapat individu atau rangkaian lain yang terlibat dalam kes tersebut sebelum tindakan lebih menyeluruh diambil.

“Kita perlu mengetahui jika ada pihak lain yang terlibat. Mereka yang didapati bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan dan segala kelemahan dalam sistem keselamatan mesti ditutup dengan segera bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan