Maritim Malaysia tamatkan latihan berskala besar SAREX 2026

MUKAH – Kerjasama strategik merentasi pelbagai jabatan terbukti berada pada tahap tertinggi apabila 21 agensi kerajaan berjaya menggembleng tenaga melengkapkan Eksesais Mencari dan Menyelamat (SAREX) Tahap 3 Mukah 2026 pada Khamis.

Latihan berskala besar anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak itu merekodkan penglibatan bersepadu seramai 174 anggota penyelamat.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, sinergi teguh daripada kesemua agensi terbabit menjadi kunci utama kepada kejayaan latihan selama tiga hari itu.

Menurutnya, gandingan mantap tersebut mendedahkan peserta kepada tatacara pengurusan operasi carilamat yang diselaraskan oleh Pusat Penyelarasan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuching.

“Ia merangkumi proses pengaktifan operasi, koordinasi aset, pelaksanaan sistem komunikasi yang berkesan sehinggalah kepada pengendalian mangsa secara sistematik.

“Penglibatan pelbagai agensi ini amat penting bagi memastikan setiap jabatan memahami peranan masing-masing, sekali gus membolehkan pasukan bertindak pantas dan bersepadu apabila berlaku krisis sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian penutupan program berkenaan di Menara Pehin Setia Raja pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Khairi memperincikan bahawa SAREX yang bermula pada 4 Ogos lalu dilaksanakan menerusi empat fasa utama.

Fasa tersebut merangkumi sesi taklimat dan pembentangan prosedur operasi standard (SOP), latihan simulasi di meja (TTX), latihan amali di lapangan (FTX) serta diakhiri dengan sesi pascanilai.

Bagi memastikan kelancaran senario krisis, sebanyak tujuh buah kapal dan bot serta tiga buah kenderaan darat milik pelbagai agensi telah digerakkan ke lapangan.

Antara agensi utama yang menjayakan eksesais itu ialah Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Sarawak Coast Guard, Jabatan Perikanan Laut Sarawak serta Majlis Keselamatan Negara.

Turut serta dalam misi sama ialah Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Laut Malaysia, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta Pejabat Residen dan Daerah Mukah.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan