Maritim Malaysia gesa nelayan utamakan penggunaan peranti suar pencari peribadi

MUKAH – Komuniti maritim dan golongan nelayan tempatan di negeri ini disaran membawa peranti suar pencari peribadi (PLB) bagi memudahkan pasukan penyelamat mengesan lokasi mangsa dengan pantas dan tepat jika berlaku kecemasan di laut.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, penggunaan alat keselamatan teknologi tersebut amat kritikal bagi mempercepatkan tindakan penyelarasan serta operasi pemindahan mangsa.

Menurutnya, aspek keselamatan sebelum memulakan sebarang pelayaran tidak boleh dipandang ringan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu serta risiko gangguan teknikal kapal.

“Komuniti maritim amat digalakkan untuk memiliki dan membawa peranti PLB ini setiap kali keluar ke laut. Peranti ini amat membantu pihak penyelamat mengesan kedudukan mangsa secara terus.

“Selain itu, pengguna laut mestilah sentiasa menyemak ramalan cuaca terkini, memakai jaket keselamatan, memastikan keadaan bot selamat digunakan serta membawa peralatan komunikasi yang berfungsi dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media majlis perasmian penutupan Eksesais Mencari dan Menyelamat (SAREX) Tahap 3 Mukah 2026 di Menara Pehin Setia Raja pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Khairi menjelaskan saranan keselamatan itu adalah selari dengan penganjuran SAREX yang telah berjaya menguji tahap kesiapsiagaan prosedur operasi standard (SOP) agensi terbabit di perairan Mukah.

Latihan bersepadu selama tiga hari yang bermula sejak 4 Ogos lalu itu menguji kelancaran simulasi kejadian kebakaran sebuah bot nelayan membabitkan lima mangsa di kedudukan empat batu nautika di barat laut perairan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa orang ramai agar tidak ragu-ragu untuk menyalurkan maklumat berhubung sebarang insiden kecemasan yang dikesan di laut.

Sebarang aduan atau kecurigaan boleh dilaporkan terus kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi sepanjang masa.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan