Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu mengesahkan menerima satu laporan polis berhubung kejadian gangguan tidak senonoh terhadap seorang wanita yang dipercayai berlaku di kawasan Gelanggang Bola Keranjang, Taman Hill Top, Luyang pada 29 Julai lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, susulan kejadian itu, kes tersebut kini disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis memandang serius kejadian berkenaan dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang perlakuan jenayah yang mengancam keselamatan orang awam, khususnya golongan wanita.

“Sehubungan itu, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan melalui pelbagai tindakan siasatan termasuk semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mengesan dan merakam percakapan saksi-saksi yang berpotensi.

“Selain itu, mengumpul maklumat risikan serta tindakan siasatan lain bagi mengenal pasti dan mengesan suspek dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak polis telah meningkatkan rondaan cegah jenayah oleh Mobile Patrol Vehicle (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) serta anggota Balai Polis Luyang di sekitar Taman Hill Top dan kawasan tumpuan awam di Kota Kinabalu, khususnya pada waktu malam, sebagai langkah pencegahan.

Tegasnya, langkah ini bertujuan meningkatkan kehadiran polis, mencegah kejadian jenayah serta memberi keyakinan kepada masyarakat terhadap aspek keselamatan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Balai Polis Luyang di talian 088-253470 atau Hotline IPD Kota Kinabalu 088-221191 bagi membantu siasatan.

Related Posts

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

PADANG BESAR – Seorang penjawat awam disyaki berpakat dengan saudara kandungnya untuk membuat laporan mengenai kehilangan Toyota Vellfire milik isterinya bagi membolehkan tuntutan insurans dibuat susulan masalah kewangan. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

TAWAU – Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kira-kira 210 rumah daripada musnah dalam insiden kebakaran di Kampung Titingan, pada Jumaat. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah