Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, projek itu tidak boleh lagi terbengkalai buat kali keempat dan sasaran menyiapkan Fasa 1 pada Januari 2027 perlu dicapai seperti yang dirancang.

“Projek ini tidak boleh lagi terbengkalai buat kali keempat dan sasaran menyiapkan projek Fasa 1 ini pada Januari 2027 mesti dicapai seperti yang dirancang,” katanya menerusi hantaran di Facebook selepas mengadakan lawatan ke tapak projek berkenaan hari ini.

Menurut beliau, apabila siap kelak, SSMP akan menyediakan kemudahan lengkap kepada 224 atlet murid merangkumi asrama, bilik darjah dan fasiliti bagi enam jenis sukan iaitu olahraga, badminton, bola sepak, memanah, bola jaring dan sepak takraw.


“Lebih daripada sebuah projek pembinaan, inilah pelaburan untuk melahirkan generasi atlet yang akan mengharumkan nama negara pada masa hadapan,” katanya.


Shamsul Azri berkata, setiap lawatan pemantauan bukan bertujuan mencari kesalahan, sebaliknya mencari penyelesaian.


“Kita perlu turun ke lapangan, memahami isu sebenar, menyelaras tindakan antara agensi dan memastikan setiap halangan dapat diatasi dengan segera,” katanya.


Untuk rekod, projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis di Bukit Chabang diluluskan pada 2011, namun berdepan pelbagai masalah sehingga terbengkalai lebih sedekad dan beberapa kali melalui proses pelantikan kontraktor bagi menyiapkan pembinaannya. Fasa 1 projek itu kini disasarkan siap pada Januari 2027.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

PADANG BESAR – Seorang penjawat awam disyaki berpakat dengan saudara kandungnya untuk membuat laporan mengenai kehilangan Toyota Vellfire milik isterinya bagi membolehkan tuntutan insurans dibuat susulan masalah kewangan. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah