Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

KUCHING – Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan merakam video dengan niat mengaibkan kehormatan seorang wanita di Festival Makanan Kuching MBKS, pada Sabtu malam lalu.  

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu mengesahkan bahawa tangkapan tersebut dilakukan di sekitar kawasan Kuching pada jam 9.20 malam, 1 Ogos 2026.  

Beliau berkata, suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 29 tahun. 

“Menerusi operasi tangkapan tersebut, pihak polis telah merampas sebuah telefon pintar yang dipercayai milik suspek untuk dijadikan sebagai barang kes.  

“Hasil semakan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya menerusi kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.  

Mengulas lanjut, Alexson memberitahu suspek kini direman selama dua hari bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut secara menyeluruh.  

Tegas beliau, kes kini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.  

Kesalahan itu merangkumi perbuatan mengaibkan atau mengganggu kesantunan seseorang, termasuk menerusi perbuatan merakam video dengan niat sedemikian.  

“Sekiranya disabitkan kesalahan, pelaku boleh berdepan hukuman penjara maksimum sehingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.  

“Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan agar sentiasa menghormati hak privasi individu dan menjauhi sebarang bentuk perbuatan yang menyalahi undang-undang negara,” ujarnya. 

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan salah laku jenayah agar tampil menyalurkan maklumat.

Sebarang aduan boleh dilaporkan terus kepada Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-241133.

Related Posts

‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

KOTA KINABALU – Kestabilan politik penting bagi memastikan usaha menyelesaikan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang masih berbaki serta penambahbaikan peruntukan kewangan untuk pembangunan Sabah dan Sarawak dapat terus diberikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

PADANG BESAR – Seorang penjawat awam disyaki berpakat dengan saudara kandungnya untuk membuat laporan mengenai kehilangan Toyota Vellfire milik isterinya bagi membolehkan tuntutan insurans dibuat susulan masalah kewangan. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027