Polis berkas dua lelaki cuba pecah rumah di Batu Kawa

KUCHING – Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan susulan kes cubaan curi di sebuah rumah sekitar kawasan RPR Batu Kawa pada awal pagi Isnin.   

Ketua Polis Daerah Padawan, Pemangku Superintendan Barry William berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.20 pagi.  

Menurutnya, mangsa yang tiba di kediamannya terserempak dengan kelibat mencurigakan lalu bertindak berani menahan salah seorang suspek.  

Beliau menjelaskan, berlaku sedikit pergelutan antara mereka sebelum kedua-dua suspek berjaya melarikan diri.  

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan berjaya mengesan kedua-dua suspek.  

“Suspek yang berusia 28 dan 32 tahun itu ditahan di sekitar kawasan RPR Batu Kawa pada jam 2.30 petang hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Tambah beliau, kedua-dua suspek kini direman bermula hari ini sehingga 7 Ogos bagi membantu siasatan lanjut.  

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan cubaan mencuri.  

Dalam pada itu, Barry merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan orang awam yang bekerjasama menyalurkan maklumat pantas.  

Beliau turut menyeru masyarakat setempat agar terus bekerjasama dengan pihak polis bagi memastikan keselamatan komuniti sentiasa terpelihara.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok