Pengurusan trafik laluan Tebobon-Tamparuli perlu diperkasa demi kelancaran produktiviti

KOTA KINABALU – Pengurusan trafik di sepanjang laluan Tebobon–Tuaran–Tamparuli yang sedang menjalani projek naik taraf jalan raya dan jambatan perlu dipertingkatkan bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna serta mengurangkan kesan terhadap produktiviti harian masyarakat.

Timbalan Presiden Kelab Komuniti Sayang Sabah, Steve Johnny Mositun berkata, pihak berkaitan bersama kontraktor pelaksana perlu mengutamakan pendekatan pengurusan trafik yang lebih sistematik dan berorientasikan kebajikan pengguna sepanjang tempoh pembinaan dijalankan.

Beliau berkata, kelewatan perjalanan yang berlarutan bukan sahaja menjejaskan rutin harian pekerja dan pelajar, malah memberi kesan kepada peniaga tempatan, sektor logistik serta industri pelancongan yang bergantung kepada kelancaran rangkaian jalan raya di kawasan berkenaan.

“Walaupun projek menaik taraf infrastruktur itu penting untuk pembangunan jangka panjang Sabah, kesulitan yang dialami pengguna jalan raya setiap hari tidak seharusnya dipandang ringan.

“Kami menggesa agar agensi berkaitan dan kontraktor pelaksana mengambil langkah proaktif dalam menguruskan aliran trafik bagi meminimumkan gangguan.

“Kesejahteraan dan keselamatan harian pengguna jalan raya perlu sentiasa menjadi keutamaan sepanjang projek dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Selasa.

Tambah Steve, kejayaan sesebuah projek infrastruktur awam tidak hanya diukur berdasarkan hasil akhir pembinaannya, sebaliknya turut bergantung kepada kecekapan pelaksanaan, pematuhan jadual kerja serta keupayaan mengurus impak terhadap pengguna sepanjang tempoh pembinaan.

“Sehubungan itu, saya mengemukakan tiga syor utama bagi memperbaiki pengurusan trafik di laluan Tebobon–Tuaran–Tamparuli, dengan cadangan pertama ialah memperkukuh kawalan trafik melalui penyediaan papan tanda amaran yang lebih jelas, laluan alternatif yang selamat serta penempatan petugas kawalan trafik khususnya pada waktu puncak.

“Selain itu, saya turut menggesa supaya pihak pelaksana meningkatkan ketelusan maklumat dengan menyalurkan perkembangan semasa projek serta jadual penutupan atau gangguan laluan secara berkala kepada media dan orang awam supaya pengguna dapat merancang perjalanan lebih awal,” ujarnya.

Dalam aspek keselamatan, Steve berkata kontraktor perlu memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) di tapak pembinaan dipatuhi sepenuhnya bagi mengurangkan risiko kemalangan dan menjamin keselamatan pengguna jalan raya serta pekerja projek.

“Saya berpandangan bahawa pengurusan trafik yang cekap bukan sahaja mampu mengurangkan kesesakan, malah dapat meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pelaksanaan projek pembangunan berskala besar tanpa menjejaskan aktiviti harian masyarakat.

“Apabila projek naik taraf laluan Tebobon -Tuaran -Tamparuli siap sepenuhnya kelak, ia dijangka membawa manfaat besar kepada Sabah menerusi pengurangan kesesakan trafik, penjimatan masa perjalanan dan peningkatan kecekapan sistem pengangkutan darat,” jelasnya.

Menurut Steve, projek itu juga berpotensi merangsang pertumbuhan ekonomi setempat dengan memperkukuh sektor pelancongan, mempercepatkan pergerakan logistik serta memudahkan urusan perniagaan di kawasan yang terlibat.

“Saya turut menyeru semua pengguna jalan raya supaya terus bersabar, mematuhi papan tanda keselamatan serta memberikan kerjasama kepada pihak pembinaan bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual tanpa menjejaskan keselamatan awam.

“Kelab Komuniti Sayang Sabah akan terus memainkan peranan sebagai pertubuhan masyarakat sivil yang menyuarakan aspirasi rakyat, selain memantau aspek ketelusan, akauntabiliti dan keberkesanan pelaksanaan projek-projek awam demi kepentingan pengguna jalan raya dan pembangunan negeri,” tegasnya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok