Kerajaan Persekutuan lulus RM70 juta naik taraf Bulatan Pujut 3 di Miri

MIRI – Projek menaik taraf Bulatan Pujut 3 dan pelebaran jalan sekitar kawasan itu yang bernilai RM70 juta kini melangkah ke fasa reka bentuk dan tender.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, perkembangan positif tersebut dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi baru-baru ini.

Menurutnya, segala kerja awal di peringkat lapangan merangkumi siasatan tapak, penilaian impak trafik dan ukur tanah telah selesai sepenuhnya.

“Kementerian Kerja Raya turut menyelesaikan proses penilaian bagi cadangan projek berkenaan serta mengesahkan peruntukan sebanyak RM70 juta.

“Skop fizikal projek ini juga telah diluluskan di bawah pelan pusingan pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau menjelaskan, kerja naik taraf itu melibatkan pertukaran Bulatan Pujut 3 kepada persimpangan lampu isyarat bagi melancarkan pergerakan kenderaan.

Tambahnya, ia turut merangkumi pelebaran jalan daripada dua kepada tiga lorong bermula dari Bulatan Saberkas Pujut sehingga ke persimpangan Pujut 7.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berharap kelancaran proses perolehan membolehkan kerja pembinaan fizikal dimulakan secepat mungkin.

“Projek ini amat dinantikan oleh penduduk Miri kerana ia dijangka mampu menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas yang sekian lama membelenggu kawasan berkenaan.

“Saya akan terus memantau rapat kemajuan projek ini dan memastikan pelaksanaannya berjalan mengikut jadual ditetapkan demi manfaat rakyat,” tegasnya.

Selain itu, Choon Man turut merakamkan penghargaan atas kesabaran penduduk setempat sepanjang proses pelaksanaan projek tersebut dirancang.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok