Tiga individu ditahan ceroboh kawasan larangan Jambatan Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Tiga warga tempatan termasuk wanita ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang kerana menceroboh Kawasan Larangan Tempat Larangan (KLTL) di struktur Jambatan Pulau Pinang, di sini, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, kesemua mereka ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan di perairan negeri kira-kira jam 1.30 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan di kawasan kaki tiang Jambatan Pulau Pinang mendapati dua lelaki dan wanita warga tempatan berada di kawasan yang diwarta sebagai KLTL tanpa kebenaran.

“Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh KLTL.

“Mereka kemudian diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban bagi diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Muhammad Suffian, tindakan penguatkuasaan itu bukan sahaja bertujuan memastikan pematuhan terhadap undang-undang, malah meningkat kesedaran dalam kalangan komuniti maritim dan orang awam mengenai kepentingan pematuhan kawasan larangan yang diwartakan.

Katanya, kawasan di bawah Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah adalah KLTL yang meliputi zon penampan sejauh 250 meter di sebelah kiri dan kanan jambatan.

“Maritim Malaysia menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran bagi mengelak tindakan undang-undang serta memastikan keselamatan awam dan pemeliharaan infrastruktur kritikal negara.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan atau insiden kecemasan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang atau talian kecemasan 999 bagi membolehkan tindakan segera diambil,” katanya lagi.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok