Program MADANI Kita dekatkan rakyat dengan kerajaan, perkukuh perpaduan – Mohamad Sabu

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting dalam merapatkan hubungan antara kerajaan dan rakyat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, program yang julung kali diadakan di Selangor itu turut memberi ruang kepada rakyat berinteraksi secara langsung dengan kementerian dan agensi kerajaan.

Selain itu, rakyat dapat menggunakan program tersebut menyuarakan pandangan serta keperluan mereka kepada kerajaan.

“Kehadiran yang memberangsangkan ini mencerminkan semangat perpaduan rakyat serta kesungguhan mereka untuk mendapatkan manfaat daripada pelbagai inisiatif dan perkhidmatan yang dibawa kerajaan demi kesejahteraan komuniti,” katanya ketika merasmikan Program MADANI Kita Kota Raja 2026 pada Ahad.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, program yang dihadiri 1,000 peserta itu merupakan inisiatif strategik Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri yang bertujuan mengurangkan jurang antara kerajaan dan rakyat melalui penyampaian dasar secara lebih efektif.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Kementerian Komunikasi selaku penganjur yang memainkan peranan penting menghubungkan rakyat dengan kerajaan serta memastikan maklumat berkaitan dasar dan program kerajaan disampaikan kepada masyarakat.

“Malaysia MADANI menekankan nilai kemanusiaan, kesejahteraan rakyat, keadilan sosial dan pembangunan inklusif. Kejayaan sesebuah negara bukan hanya diukur melalui angka dan statistik, tetapi apabila setiap rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik tanpa ada sesiapa yang dipinggirkan,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri turut dihimpunkan di bawah satu bumbung bagi memudahkan orang ramai mendapatkan pelbagai perkhidmatan.

Antara pengisian yang disediakan termasuk saringan kesihatan percuma, penukaran topi keledar dan minyak enjin motosikal, gunting rambut percuma, Jualan Rahmah MADANI, Jualan Agro MADANI, pendaftaran MyDigital ID, semakan Wang Tidak Dituntut, pemberian anak pokok serta pelbagai pameran dan kaunter perkhidmatan agensi kerajaan.

Selain perkhidmatan kerajaan, program itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti komuniti seperti pertandingan bola sepak, e-sukan dan persembahan kebudayaan yang bertujuan memupuk perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat berbilang kaum di Selangor.

Mohamad turut mengajak masyarakat, khususnya warga Kota Raja dan Selangor, agar terus menyokong usaha kerajaan menjayakan agenda Malaysia MADANI dengan memanfaatkan pelbagai inisiatif yang disediakan.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Bahria Mohd Tamil; Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin; Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, Preakas A/L Sampunathan; ADUN Sentosa, Dr Gunarajah A/L R George dan Datuk Bandar Klang, Datuk Abd Hamid Hussain.

Related Posts

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

KUALA LUMPUR – Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

KAJANG – Status kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak kekal tidak berubah meskipun bekas Perdana Menteri itu diberikan pengampunan bersyarat. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram