Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

TEMERLOH – Seni persilatan bukan sekadar warisan bangsa yang perlu dipelihara malah berpotensi menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan serta pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang menerusi penganjuran pelbagai program berteraskan budaya dan warisan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri akan terus memperkasa budaya silat di semua daerah bagi memastikan warisan itu terus dipelihara, di samping menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri ini.

“Kita akan buat di semua daerah sebab kita nak perkasakan budaya silat dalam kalangan anak-anak muda supaya ini menjadi satu warisan bangsa yang tidak akan dilupakan oleh generasi-generasi akan datang.

“Kalau kita lihat pada data yang ada, jumlah pelancong yang datang ke Negeri Pahang setiap tahun masih meningkat. Kehadiran pelancong juga menyebabkan kadar pengangguran di negeri kita berkurang kalau dulu 2.2 peratus pada tahun 2024 kepada 1.7 peratus, manakala Keluaran Dalam Negeri Kasar negeri meningkat daripada RM68.7 bilion kepada RM71 bilion,” katanya, seperti dilapor Pahang Media.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Apresiasi Pahang 1st Himpunan 1000 Pendekar Silat Berbusana Daerah Temerloh Parlimen Temerloh 2026 di Dataran Temerloh, hari ini.

Mengulas lanjut, program yang menghimpunkan lebih 2,000 pendekar silat itu turut menjadi platform mengangkat sejarah perjuangan tokoh-tokoh pahlawan Pahang seperti Tok Gajah, Tok Bahaman dan Mat Kilau yang sinonim dengan semangat kepahlawanan serta jati diri masyarakat Melayu.

“Persilatan di Pahang ini terkenal dengan pahlawan-pahlawan terdahulu seperti Tok Gajah, Tok Bahaman, Mat Kilau dan ini juga merupakan warisan bangsa yang juga boleh menarik pelancong untuk datang ke negeri kita,” katanya.

Beliau berharap lebih ramai anak muda menyertai seni persilatan kerana negeri Pahang mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi, selain menyifatkan persembahan para pesilat pada program berkenaan mempamerkan semangat, disiplin serta kesungguhan oleh para pesilat.

“Jadi saya berharap lebih ramai anak-anak muda dapat menyertai silat ini kerana kita ada guru silat yang cukup terlatih dan saya tengok anak- anak muda begitu yakin menunjukkan seni persilatan mereka dan saya nampak ada kelainan sedikit,” katanya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok