Tidak rasmi: BN mendahului 16 kerusi PRN Negeri Sembilan

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) mendahului 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 7.15 petang tadi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan perkara itu sebentar di Bilik Gerakan Utama BN di Wisma UMNO Negeri Sembilan sebentar tadi.

Antara kerusi yang BN mendahului adalah Temiang, Pertang, Johol, Labu, Rantau, Seremban Jaya, Repah, Seri Menanti, Gemencheh, Temiang, Rahang, Linggi, Labu, Lenggeng dan Paloh.

Setakat 4 petang tadi, sebanyak 65.38 peratus atau lebih 562,133 orang daripada keseluruhan 859,760 pemilih biasa telah menunaikan tanggungjawab mereka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menyasarkan peratusan keluar mengundi bagi PRN kali ini mampu mencecah hingga 72 hingga 75 peratus, dengan keputusan awal dijangka diperoleh seawal 10 malam ini.

Kini, tumpuan seluruh negara pastinya terarah kepada keputusan 103 calon bertanding yang berjaya mendapat mandat rakyat.

Dalam pada itu, bagi memastikan ketelusan proses demokrasi, pembukaan sampul undi pos telah bermula dan disiarkan secara langsung menerusi platform Facebook rasmi SPR.

PRN Negeri Sembilan ke-16 menyaksikan 103 calon bertanding bagi merebut 36 kerusi DUN, dengan Pakatan Harapan (PH) bertanding di kesemua kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) (25), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) (24), Perikatan Nasional (PN) (11) dan empat calon Bebas, manakala Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing menampilkan seorang calon.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK