Polis pertingkat kawalan keselamatan di istana dan pejabat kerajaan

SEREMBAN – Kawalan keselamatan akan dipertingkatkan di beberapa lokasi termasuk di istana dan pejabat kerajaan negeri bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan diumumkan Sabtu malam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, polis tidak menolak kemungkinan akan ada pihak tertentu yang cuba mencetuskan pergeseran kerana tidak berpuas hati dengan keputusan.

Menurutnya, pihaknya bukan sahaja menjaga keselamatan sebelum dan semasa pilihan raya, tetapi juga selepasnya.

“Selepas pilihan raya ini mungkin ada pihak-pihak tertentu yang cuba memusuhi antara satu sama lain sekiranya berlaku perubahan dari segi kepimpinan dan sebagainya atau parti-parti yang menang dan kalah, tidak berpuas hati.

“Ini yang menimbulkan kekhuatiran kita. Tapi pada masa sama polis sentiasa mempertingkatkan penjagaan kita di kawasan-kawasan penting terutama di pejabat kerajaan negeri dan juga Istana Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,” katanya, seperti dipetik berita tempatan pada Sabtu.

Justeru, beliau mengingatkan semua penyokong parti supaya kekal berdisiplin dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keadaan keselamatan kekal terkawal.

Dalam pada itu, Mohd Khalid memaklumkan proses pengundian yang berlangsung setakat ini berjalan lancar.

Selain itu berkata, sejak hari pertama proses PRN ini bermula, sebanyak 92 laporan polis diterima berkaitan kesalahan pilihan raya dan 24 kertas siasatan dibuka termasuk kes sogokan duit kepada pengundi.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan