SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) secara tidak rasmi berjaya menubuhkan Kerajaan Negeri Sembilan bersama Perikatan Nasional (PN) apabila berjaya memperoleh dua pertiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sembilan (PRN) Negeri Sembilan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kedua-dua parti itu ketika ini mendahului 25 kerusi manakala PH memperoleh 11 kerusi.
“Daripada jumlah itu, BN berjaya memperoleh 18 kerusi manakala tujuh daripada BN.
“Dengan itu, kita berjaya menubuhkan Kerajaan Negeri Sembilan selepas memperoleh dua pertiga majoriti,” katanya ketika mengumumkan kemenangan itu di Wisma UMNO, pada Sabtu.
Malah, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Chennah sejak 2013 akhirnya tewas calon BN, Siow Kong Choon dengan majoriti 1,424 selepas 24 daripada 31 saluran selesai dikira.
Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun juga tewas di DUN Linggi
Apabila keputusan tidak rasmi menunjukkan beliau ketinggalan kepada calon BN, Datuk Faizal Ramli dengan 10 saluran lagi belum selesai dikira.
PRN Negeri Sembilan ke-16 menyaksikan 103 calon bertanding bagi merebut 36 kerusi DUN, dengan Pakatan Harapan (PH) bertanding di kesemua kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) (25), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) (24), Perikatan Nasional (PN) (11).
Mankala empat calon Bebas, manakala Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing menampilkan seorang calon.




