PBB giat perkukuh jentera sedia hadapi PRN Sarawak ke-13

BETONG – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kini giat memperkemas persediaan jenteranya di semua peringkat bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN-13).

Presidennya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penganjuran konvensyen khas parti itu bertindak sebagai platform strategik untuk menilai pencapaian dan kelemahan organisasi.

Menurut beliau, situasi persediaan jentera parti ketika ini boleh diibaratkan seperti calon yang sedang membuat persiapan rapi untuk menduduki peperiksaan.

“Peperiksaan itu akan tiba, cuma bila waktunya saya pun tidak tahu, jadi kita mesti sentiasa membuat ulang kaji.

“Mana subjek yang lemah kita kuatkan, manakala yang sudah kuat kita perbaiki lagi supaya apabila menghadapi peperiksaan nanti kita dapat memperoleh keputusan cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Konvensyen Khas PBB Zon Betong pada Sabtu.

Mengulas mengenai tarikh PRN-13, Abang Johari yang juga Premier Sarawak menegaskan bahawa sehingga kini masih belum ada sebarang kepastian muktamad mengenainya.

Jelasnya, biarpun terdapat pelbagai spekulasi yang meramalkan pilihan raya bakal diadakan pada Oktober, November atau Disember, tarikh sebenarnya masih menjadi tanda tanya.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa fokus utama kini adalah untuk memastikan PBB terus kekal unggul sebagai tunjang utama Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Katanya, parti itu berazam penuh untuk mempertahankan kesemua kerusi yang bakal ditandinginya kelak.

“Langkah itu penting bagi memastikan kelangsungan dasar kita untuk membangunkan Sarawak sebagai wilayah paling maju di Malaysia menjelang tahun 2030,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abang Johari menegaskan kejayaan pembangunan negeri hari ini membuktikan keupayaan Sarawak membina masa depan dengan kekuatan sendiri.

“PBB ialah tunjang kepada pembangunan yang sedang berlaku di Sarawak hari ini. Kita tidak takbur dan tidak sombong,  sebaliknya bekerja atas budi bicara sendiri.

“Kita tidak boleh bergantung kepada orang lain. Kita sendirilah yang dapat mempertahankan negeri ini dan parti yang terbukti menjaga kepentingan semua kaum ialah PBB,” katanya.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia