Kawasan 1,000 ekar dikenal pasti untuk Bandar Baharu Kalabakan

KALABAKAN – Kawasan seluas 1,000 ekar tanah dikenal pasti bagi pembangunan sebuah Bandar Baharu Kalabakan, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, ia secara tidak langsung memperkukuh pembangunan kawasan strategik berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia.

“Jadi kita dalam perancangan untuk melaksanakannya (pembangunan) pada masa akan datang.

“Ini perancangan kita termasuklah Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQS) di sempadan dan jalan raya daripada sini ke sempadan,” katanya kepada media selepas perasmian Program Jelajah Rakyat dan Jualan Rahmah MADANI Parlimen Kalabakan, pada Sabtu.

Mengulas mengenai pembangunan insfrastruktur di Kalabakan, Hajiji berkata, beberapa program pembangunan jalan raya sedang dilaksanakan dan bakal dilaksanakan manakala sebahagian lagi masih dalam proses permohonan.

“Saya tidak dapat perincikan satu persatu tetapi jelas dalam taklimat yang saya hadiri tadi banyak program pembangunan jalan raya yang akan dilaksanakan di kawasan ini.

“Jadi kita mengadakan lawatan kerja pada hari ini untuk memastikan bahawa daerah Kalabakan ini tidak tertinggal.

“Kita dengar permasalahannya, saya bawa Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai yang lain untuk melihat mana-mana program rakyat yang patut diutamakan,” jelasnya.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana