Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

LENGGENG – Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zool Amali Hussin mendakwa pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) membuktikan kegagalan kepimpinan UMNO dalam memelihara integriti institusi yang menjadi sandaran umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, isu yang dibangkitkan menerusi RCI itu bukan sahaja menjejaskan reputasi TH, malah didakwa menggugat keyakinan orang Melayu yang sekian lama menyimpan wang di institusi berkenaan.

“Apabila keyakinan terhadap TH terjejas, sudah tentu orang Melayu berasa bimbang kerana institusi ini cukup dekat dengan kehidupan mereka.

“Saya berpandangan mana-mana individu yang didapati bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) di sini, pada Khamis.

Zool Amali turut mendakwa kepimpinan UMNO ketika ini berdepan krisis integriti dan tidak lagi mengutamakan kepentingan rakyat seperti yang diharapkan.

Beliau juga mempersoalkan pendirian beberapa parti politik yang menurutnya berubah mengikut kepentingan politik semasa, termasuk dalam isu membabitkan pemimpin yang berdepan pertuduhan di mahkamah.

“Dalam politik, integriti tidak boleh dipilih mengikut keadaan. Rakyat berhak mendapat kepimpinan yang berpegang kepada amanah dan prinsip, bukannya mengutamakan kepentingan politik,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan