FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan sempena Visit Sabah 2027.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Dr. Andi Md Samsureezal Mohd Sainal berkata, pada tahun hadapan, penganjuran itu akan disambut dengan lebih besar dan meriah.

“FKAT mampu menjadi perhatian antarabangsa seperti acara-acara lain di Sabah dan sasaran lebih kira-kira 50,000 pengunjung ditetapkan bagi penganjuran kali ini.

“Sepanjang beberapa hari penganjuran, lebih daripada separuh sasaran itu telah berjaya dicapai dan dengan kemuncak esok malam, kita menjangkakan kehadiran yang semakin ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas perasmian Pameran Rumah Etnik di Pentas B tapak Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) ke-11 2026, pada Jumaat.

Sebanyak 32 pameran rumah etnik tempatan Sabah indah dihiasi dengan kepelbagaian makanan tradisi, corak hiasan dan keunikan budaya masing-masing.

Pada FKAT kali ini, etnik Bugis menjuarai pameran berkenaan dan membawa pulang trofi pusingan serta wang tunai RM2,000.

Dalam pada itu, Shamsureezal yang juga ADUN Tanjung Batu menyeru agar orang ramai dan penduduk luar Tawau hadir pada malam kemucak iaitu Sabtu bagi bersama-sama memeriahkan suasana.

Sementara itu, delegasi antarabangsa dari Uzbekistan, Mamatqulov Afzal, 20, melahirkan rasa gembira apabila berpeluang menyertai festival berkenaan buat kali pertama.

“Kami datang dari Uzbekistan dan sangat gembira dapat menyertai festival ini.

“Saya rasa penonton sangat menghargai persembahan kami dan itu menjadikan pengalaman ini sangat hebat,” ujarnya.

Dia turut memuji keramahan masyarakat tempatan di Tawau yang sentiasa membantu sepanjang berada di sini.

“Mereka sangat baik dan membantu setiap kali kami memerlukan sesuatu. Itulah sebabnya kami sangat menikmati pengalaman di sini,” katanya.

Bagi wakil dari Kazakhstan, Enlik, 21, dia kunjungan ke negara ini menerusi FKAT membuka peluang untuk mengenali budaya tempatan.

“Persembahan tarian sangat menarik dan berbeza daripada budaya kami, jadi kami memperoleh pengalaman baharu dan cuba mempelajarinya.

“Terima kasih atas jemputan dan layanan. Sudah pasti kami akan kembali lagi pada masa akan datang,” katanya.

Related Posts

Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

SANDAKAN – Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat segera bagi menyokong perkembangan sektor perindustrian di kawasan itu, khususnya menjelang sasaran bekalan gas ke Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Sandakan pada 2029.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

LIMBANG – Syarikat penerbangan butik milik Sarawak iaitu AirBorneo, disaran mempertimbangkan penambahan kekerapan penerbangan bagi laluan Limbang ke Kuching daripada sekali kepada dua kali sehari bagi menampung lonjakan permintaan penumpang. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

  • By Fandi
  • September 19, 2026
Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

Limbang sasar status hab ekonomi, pelancongan rentas sempadan serantau

Limbang sasar status hab ekonomi, pelancongan rentas sempadan serantau

UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

  • By Fandi
  • September 19, 2026
UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC

SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC