Anwar seru jentera PH terus berkempen, usah terlalu layan ramalan PRN

PORT DICKSON – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa jentera kempen PH memanfaatkan baki tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dengan terus mendekati pengundi dan tidak terlalu memberi perhatian kepada pelbagai ramalan keputusan pilihan raya.

Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, terdapat pelbagai tinjauan yang dikeluarkan menjelang hari pengundian, namun setiap satunya menunjukkan keputusan yang berbeza.

“Enam ‘survey’, enam keputusan. Sekarang ada masa, kerja dulu,” katanya, seperti dipetik berita tempatan pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas unjuran sebuah pusat kajian yang meramalkan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berpotensi memenangi 22 daripada 36 kerusi DUN Negeri Sembilan.

Mengulas peluang PH, Anwar berkata, tumpuan ketika ini adalah meneruskan kempen sehingga tamat tempoh yang ditetapkan sebelum menyerahkan keputusan kepada rakyat.

Dalam perkembangan sama, beliau menyeru rakyat menghayati Bulan Kebangsaan dengan semangat patriotisme dan mengingatkan bahawa keamanan negara bergantung kepada kestabilan politik serta perpaduan masyarakat pelbagai kaum.

“Rahsia negara kita aman ialah politik yang stabil dan kerjasama semua kaum. Generasi muda perlu mempertahankan keamanan serta perpaduan yang kita nikmati hari ini,” katanya.

Seramai 859,760 pengundi berdaftar, termasuk 7,391 pengundi pos, akan mengundi bagi memilih wakil rakyat di 36 kerusi Dewan Undangan Negeri pada PRN Negeri Sembilan ke-16 esok.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan