Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

ARAU – Ketua Dewan Ulamak (KDU) Pas Perlis, Ahmad Adnan Fadzil menyifatkan kenyataan seorang pengguna Facebook yang menggelarnya sebagai penerima ‘Pingat Jasa Pengkhianat’ sebagai menghina dan biadap terhadap institusi Raja Perlis.

Beliau berkata, kenyataan itu bukan sahaja mencemarkan nama baiknya, malah turut memperlekehkan pengiktirafan yang dikurniakan oleh Raja Perlis.

“Saya dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh Raja Perlis, Guanku Syed Sirajuddin Jamalullail atas sumbangan kepada negeri ini. Apabila ia digelar ‘Pingat Jasa Pengkhianat’, itu bukan sahaja menghina saya, tetapi juga tidak menghormati institusi raja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Arau pada pukul 3.15 petang, hari ini.

Menurut Ahmad Adnan, beliau juga tidak dapat menerima tuduhan kononnya mempertahankan pengkhianatan politik kerana dakwaan tersebut dibuat tanpa sebarang bukti.

“Kalau seseorang boleh menuduh sesiapa sahaja tanpa asas, ramai akan teraniaya. Orang yang menuduh perlu membawa bukti. Di mana bukti saya melakukan pengkhianatan?” katanya.

Beliau menegaskan Pas sentiasa menjunjung tinggi institusi Raja dan mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu sebagai payung rakyat serta penjaga agama Islam.

Katanya, budaya menghina institusi raja tidak boleh dibiarkan menjadi ikutan, terutama dalam kalangan generasi muda.

“Saya sendiri tidak pasti sama ada individu itu ahli Pas atau tidak. Namun jika benar sekali pun, itu bukan sikap seorang ahli Pas. Pas akan terus mempertahankan institusi Raja,” katanya.

Individu dimaksudkan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Foto: Sinar Harian

Related Posts

Tempoh idah PRU16 belum sampai

KULIM – Kerajaan Perpaduan ketika ini belum lagi memasuki tempoh ‘idah’ untuk membubarkan parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia