SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mengambil masa sehingga Khamis ini untuk merakam keterangan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, yang kini menjalani hukuman penjara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, keterangan Isa dirakam pegawai penyiasat di Penjara Sungai Buloh bermula 17 September lalu dan diteruskan semalam.

Katanya, proses itu setakat ini sudah berlangsung selama dua hari penuh dan akan disambung Isnin ini.

“Setakat ini, keterangan beliau sudah dirakam selama dua hari penuh.

“Proses ini akan diteruskan pada Isnin dan kami menjangkakan rakaman keterangan bekas Pengerusi FELDA itu selesai pada Khamis,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata, kerjasama diberikan pihak Penjara Sungai Buloh turut membantu melancarkan proses rakaman keterangan berkenaan.

Siasatan itu membabitkan tujuh kes berkaitan pembelian dan pelaburan aset oleh FELDA serta Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) antara 2010 hingga 2020.

Dalam perkembangan sama, SPRM sudah membuka enam kertas siasatan baharu dan membuka semula satu siasatan terdahulu.

Abd Halim berkata, seramai 34 saksi sudah dipanggil bagi membantu siasatan, termasuk bekas Ahli Lembaga Pengarah FELDA dan FIC, pegawai pengurusan, pegawai kerajaan, wakil pejabat tanah, penilai bebas serta peguam.

Dua individu, masing-masing bekas Pengarah Urusan FELDA dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC, turut ditahan pada 6 September lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tempoh reman.

Menurut Abd Halim, pegawai penyiasat kini meneliti dakwaan berkaitan unsur rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam pembelian aset yang dipercayai dibuat pada nilai melebihi sepatutnya.

Isa sebelum ini dikenal pasti SPRM sebagai antara saksi utama dalam siasatan berhubung aset FELDA dan pelaburan FIC.

SPRM setakat ini sudah membuka tujuh kertas siasatan di bawah Op Fella serta merakam keterangan saksi berhubung kes yang disyaki membabitkan unsur rasuah.

Related Posts

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

KAJANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh sebulan kepada bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim dan ahli keluarganya untuk mengisytiharkan harta masing-masing. Ketua Pesuruhjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM, MCMC perlu siasat segera video pementasan didakwa hina institusi Raja

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta segera menyiasat sebuah video pementasan yang didakwa memperlekeh institusi Raja, Malaysia serta Rukun Negara. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

Limbang sasar status hab ekonomi, pelancongan rentas sempadan serantau

Limbang sasar status hab ekonomi, pelancongan rentas sempadan serantau

UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

  • By Fandi
  • September 19, 2026