Ibrahim Ali puji langkah Anwar dedah RCI TH, gesa semua yang bersalah didakwa

LENGGENG – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr Ibrahim Ali memuji tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) kepada umum.

Beliau berkata, tindakan itu membuktikan komitmen kerajaan terhadap ketelusan, selain membolehkan rakyat mengetahui dapatan siasatan berhubung isu pengurusan dan tadbir urus TH.

“Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana mendedahkan laporan RCI Tabung Haji.

“Bagi saya, sama ada laporan itu didedahkan ketika musim pilihan raya atau sebaliknya bukan isu utama.

“Yang lebih penting ialah rakyat meneliti kandungan laporan itu, termasuk kelemahan yang dikenal pasti, siapa yang terbabit dan cadangan penambahbaikan yang dikemukakan,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) di sini, pada Khamis.

Pada 29 Julai lalu, Jemaah Menteri bersetuju menyahklasifikasikan dan mendedahkan laporan RCI Tabung Haji yang merangkumi tempoh 2014 hingga 2020.

Laporan itu mengandungi 25 syor penambahbaikan, dengan kerajaan memaklumkan kira-kira 75 peratus daripadanya telah dilaksanakan oleh pengurusan TH, selain siasatan lanjut oleh agensi penguat kuasa akan diteruskan berdasarkan dapatan laporan berkenaan.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, semua pihak yang didapati terbabit dalam sebarang penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa perlu dihadapkan ke muka pengadilan tanpa sebarang kompromi.

“Walaupun melibatkan satu ringgit, jika berlaku penyalahgunaan kuasa, tindakan undang-undang mesti diambil. Jangan ada sesiapa yang terlepas daripada tindakan,” katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan melaksanakan semua syor yang dikemukakan RCI bagi memperkukuh tadbir urus TH serta memastikan kelemahan sama tidak berulang.

Katanya, TH adalah institusi yang menjadi kebanggaan umat Islam di Malaysia dan turut dijadikan contoh oleh beberapa negara Islam dalam aspek pengurusan dana haji.

“Justeru, apa yang berlaku perlu dijadikan iktibar supaya integriti dan keyakinan pendeposit terhadap Tabung Haji terus terpelihara,” katanya.

Related Posts

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di Yaman, khususnya di sekitar Mocha dan Taiz, dinasihatkan supaya kekal di lokasi selamat susulan perkembangan terkini di negara berkenaan. Kedutaan Besar Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang