Pembukaan Jambatan Sungai Paku pacu pembangunan ekonomi Spaoh

SPAOH – Pembukaan Jambatan Sungai Paku kepada lalu lintas bermula Jumaat dijangka memberi manfaat besar kepada seluruh penduduk Daerah Kecil Spaoh.

Inisiatif tersebut bukan sahaja memperkukuh jaringan perhubungan, malah membuka peluang luas kepada pembangunan ekonomi serta sektor pelancongan setempat.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kemudahan baharu itu menamatkan sistem ‘berhenti dan beri laluan’ di jambatan lama.

Menurut beliau, kelemahan sistem lama tersebut selama ini menjadi kekangan utama kepada para pengguna jalan raya.

“Kini perjalanan menjadi lebih lancar, selamat, dan selesa buat semua pengguna jalan raya.

“Malah, kenderaan berat juga boleh menggunakan laluan ini secara terus tanpa perlu melalui jalan alternatif yang lebih jauh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Pembukaan Jambatan Sungai Paku pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban memberitahu, projek tersebut menelan belanja sebanyak RM36.9 juta.

Jelasnya, kemudahan itu menjadi pemangkin pembangunan ekonomi serta mercu tanda baharu yang bakal memperkukuh identiti Spaoh.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa jambatan lama akan dikekalkan dan dinaik taraf sebagai laluan pejalan kaki.

“Pembangunan tebingan sungai (waterfront) berhampiran pula akan mewujudkan ruang rekreasi yang kondusif untuk masyarakat.

“Saya yakin projek ini akan membawa limpahan manfaat yang besar serta merancakkan lagi aktiviti ekonomi setempat,” ujarnya.

Untuk rekod, projek yang dilaksanakan oleh D.A.L Keluarga Sdn Bhd itu meliputi pembinaan jambatan gerbang keluli satu bentang sepanjang 100 meter.

Antara kerja lain ialah pelebaran jalan pendekat, pembinaan tembok perlindungan tebing sungai, pemindahan utiliti, dan pemasangan sistem elektrik.

Laluan utama tersebut bakal memberi manfaat secara terus kepada pengguna Jalan Tanjung Sebekut termasuk penduduk Spaoh, Betong, Debak, dan Pusa.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana