RCI TH: Naim sifatkan pengurusan Tabung Haji ‘wira yang tidak didendang’

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menggesa masyarakat bukan sahaja menilai kelemahan yang didedahkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH), sebaliknya turut menghargai usaha pihak yang berjaya memulihkan institusi itu.

Menerusi hantaran di Facebook pada Khamis, beliau berkata, pendedahan laporan RCI seharusnya menjadi pengajaran daripada sejarah, namun dalam masa sama jasa mereka yang berusaha mengembalikan keyakinan terhadap TH tidak wajar dilupakan.

“Alhamdulillah, tirai RCI telah dibuka. Selain belajar daripada sejarah dan luka semalam, jangan terlupa menghargai tangan yang tekun menyembuhkannya.

“Membina lebih sukar daripada mengkritik. Memulihkan lebih berat daripada menghukum,” katanya.

Dr Mohd Na’im merakamkan penghargaan kepada Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Ahli Lembaga Pengarah, barisan pengurusan serta seluruh warga TH atas komitmen melaksanakan 75 peratus daripada cadangan yang dikemukakan RCI.

Beliau berkata, usaha berkenaan mencerminkan kesungguhan, keberanian melakukan pembaharuan dan iltizam untuk mengembalikan keyakinan umat Islam terhadap institusi itu.

Menurutnya, ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Abdul Rashid, yang juga pengasas Kumpulan RHB, merupakan antara individu yang terlibat dalam usaha mengkaji isu pengurusan dan pentadbiran TH menerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja.

“Tatkala mata tertumpu pada kesilapan yang lalu, beliau serta pengurusan TH menumpukan masa dan tenaga melaksanakan pembaharuan dengan penuh kesungguhan serta komitmen mengembalikan keyakinan umat,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar Allah SWT terus memberkati usaha semua pihak yang terlibat dalam memperkukuh TH sebagai institusi kebanggaan umat Islam di negara ini.

“Wira yang sebenar sering kali ialah mereka yang paling setia memikul amanah,” katanya.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan