KPKT pulihkan 1,647 projek perumahan sakit bernilai lebih RM150 bilion sejak 2022

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,647 projek perumahan sakit dan terbengkalai dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM150 bilion berjaya dipulihkan sejak 2022, sekali gus memberi kelegaan kepada hampir 200,000 pembeli rumah di seluruh negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, kejayaan itu dicapai menerusi komitmen berterusan Pasukan Petugas Khas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pemaju serta pelbagai agensi berkaitan dalam menyelaras usaha pemulihan projek-projek bermasalah.

Menurut beliau, kerajaan akan meneruskan agenda reformasi sektor perumahan bagi memastikan isu projek terbengkalai dapat ditangani secara menyeluruh.

“Antara inisiatif yang sedang dilaksanakan ialah Sistem Pengurusan Bersepadu Perumahan (HIMS), Perjanjian Jual Beli Elektronik (e-SPA) serta Audited Housing Development Account.

“Saya yakin kementerian mempunyai visi yang jelas iaitu menjelang tahun 2030, Malaysia tidak lagi berdepan isu projek perumahan terbengkalai. Melalui sistem ini dan transformasi digital bersama pemain industri, kita mahu memastikan tiada lagi keluarga yang menjadi mangsa akibat projek perumahan yang gagal disiapkan,” katanya, seperti dipetik berita tempatan pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, Kor Ming berkata KPKT dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) turut berjaya mengurangkan sebanyak 10 peratus lokasi berisiko banjir di seluruh negara.

Beliau berkata, daripada 1,280 kawasan yang dikenal pasti berisiko banjir sebelum ini, lebih 130 lokasi kini diisytiharkan bebas banjir hasil pelaksanaan pelbagai langkah mitigasi.

“Usaha ini akan diteruskan secara berterusan dengan matlamat menjadikan Malaysia, khususnya kawasan bandar, lebih berdaya tahan dan bebas daripada masalah banjir,” katanya.

Related Posts

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan akan memasukkan elemen citra Sabah dalam kurikulum baharu bagi murid Darjah Satu dan pelajar Tingkatan Satu bermula tahun hadapan Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan