‘Kalau dapat 19 kerusi pun PH menang, tapi kalau 25 kerusi lagi kita bersyukur’

PORT DICKSON – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun kekal optimis gabungan parti itu mampu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Menteri Besar yang juga calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi itu melahirkan keyakinan PH masih mempunyai sokongan yang besar dalam kalangan rakyat negeri itu.

Malah, beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson yakin PH mampu mendapat memenangi 19 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan Negeri Sembilan, Sabtu ini.

“Alhamdulillah setakat pagi ini, saya masih senyum lagi, dan insya-Allah kita akan teruskan usaha kita hingga hari terakhir.

“Kalau dapat 19 kerusi pun PH menang, tapi kalau dapat hingga 25 kerusi lagi kita bersyukur,” katanya kepada media ketika walkabout di Linggi, pada Khamis.

Beliay berkata demikian bagi menjawab kemampuan PH memenangi PRN Negeri Sembilan ke-16 ketika tempoh berkempen masih berbaki kira-kira dua hari lagi.

Sementara itu, Aminuddin berkata, PH menerima dan mengakui apa jua keputusan yang dibuat rakyat Negeri Sembilan pada hari penentuan, Sabtu ini.

Bagaimanapun, tambahnya, sehingga keputusan rasmi PRN itu diumumkan, beliau tidak mahu mendahului keputusan yang dibuat rakyat.

“Ini hak rakyat, saya tak nak mendahului mereka. Mereka boleh berubah. Malam ini pun mereka boleh berubah. Pagi hari mengundi pun mereka boleh berubah sokongan.

“Jadi ini antara yang perlu kita hormat,” katanya.

Tambah Aminuddin, sebagai calon yang bertanding, beliau bertanggungjawab memastikan seluruh jentera PH kekal bersemangat dan berkeyakinan sehingga pada hari pengundian.

“Jika jentera kita memang mempunyai moral yang tinggi, tak perlu kita perkatakan bahawa kita menang sebelum lagi kita berlawan,” katanya.

Related Posts

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KEMAMAN- Bunyi geseran pasir pada dinding sebuah rumah membawa kepada penemuan seekor penyu yang dipercayai daripada spesies penyu agar di Kampung Geliga, dekat sini. Memetik sumber Sinar Harian, kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX