Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau jadi hab pertukaran budaya global

TAWAU – Penyertaan delegasi antarabangsa pada Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) ke-11 terus mengangkat Tawau sebagai pentas utama pertukaran budaya di rantau ini.

Antara negara yang rasmi menyertai FKAT kali ini ialah Indonesia, Kazakhstan dan masing-masing juling kali iaitu Kemboja serta Uzbekistan.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonimi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, sambutan yang semakin meriah membuktikan FKAT bukan sekadar festival tempatan, tetapi berkembang menjadi platform global yang menghimpunkan kepelbagaian budaya dari dalam dan luar negara.

“Difahamkan, dalam tempoh sehari dua sebelum malam kemuncak atau pada 1 Ogos, satu lagi negara iaitu Sri Lanka dijangka turut menyertai, tertakluk kepada keadaan semasa.

“Ini membuka ruang interaksi langsung antara masyarakat pelbagai bangsa, sekali gus memperkukuh hubungan dan persefahaman rentas budaya antara tekspran dan luar negara,” katanya kepada media selepas perasmian ‘Welcoming Dinner’ FKAT 2026 di Dewan Masyarakat Tawau.

Menurut Nizam yang juga Penaung FKAT, walaupun terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya, masyarakat di Tawau terus hidup dalam keadaan harmoni dengan saling menghormati serta bekerjasama bagi memastikan negeri dan daerah ini kekal aman, sejahtera dan terus membangun.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan agar rakyat negeri ini sentiasa mengingati asal-usul serta mempertahankan budaya supaya tidak hilang ditelan zaman.

“Pada masa sama, amalan-amalan baik terus dipelihara sepanjang masa kerana setiap bangsa, suku dan budaya di negara ini berteraskan nilai cintakan keamanan, perpaduan dan kasih sayang sesama manusia, ” ujarnya.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana