Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 510 liter petrol di Sandakan

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Sandakan berjaya mematahkan cubaan menyeludup 510 liter petrol selepas menahan sebuah bot dalam operasi penguatkuasaan di perairan Muara Sungai (Sg) Mangkalinau Besar, pada Rabu.

Pengarah Maritim Zon Sandakan, Kepten Maritim Suhairy Hussain berkata, kejayaan itu hasil rondaan dan pemantauan berterusan menerusi Op Sejahtera, Op Cegah PATI (OCP) serta Op Tiris 4.0.

“Bot berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan kira-kira 0.05 batu nautika di timur Muara Sg Mangkalinau Besar sebelum dipintas bagi tujuan pemeriksaan.

“Sebaik pasukan operasi menghampiri bot tersebut, seorang lelaki yang dipercayai tekong bertindak terjun ke laut sebelum melarikan diri ke kawasan pesisir pantai bagi mengelakkan ditahan.

“Suspek turut meninggalkan bot bersama muatan di lokasi kejadian. Maritim Malaysia kini sedang giat mengesan suspek berdasarkan maklumat dan dokumen yang ditinggalkan bagi membantu siasatan serta tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Hasil pemeriksaan mendapati bot itu membawa 17 jeriken yang disyaki mengandungi 510 liter petrol serta sebuah enjin sangkut Yamaha berkuasa 40 kuasa kuda (HP).

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki membawa barang kawalan tanpa permit atau kebenaran yang sah.

Selain itu, bot berkenaan turut disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 12 Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 kerana menyalahgunakan lesen dengan membawa barangan kargo.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot, petrol dan enjin sangkut dianggarkan berjumlah RM12,500.

“Semua barang rampasan telah dibawa ke Jeti Maritim Zon Sandakan sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Suhairy berkata, tindakan suspek meninggalkan bot dan melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan operasi bukan sahaja membahayakan keselamatan diri, malah mencerminkan taktik sindiket penyeludupan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti penyeludupan yang menjejaskan keselamatan negara serta mengakibatkan ketirisan barang kawalan.

“Rondaan dan operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan secara berterusan bagi membanteras kegiatan jenayah maritim serta memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara terus terpelihara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Zon Sandakan di talian 089-229504 atau talian kecemasan 999 bagi tindakan segera.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia