Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

PENINGKATAN undi Pakatan Harapan (PH) sebanyak hampir 67 peratus dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 menunjukkan gabungan itu masih mempunyai sokongan yang kukuh dalam kalangan rakyat negeri berkenaan.

Naib Ketua AMANAH Shah Alam, Firdaus Mokhtar berkata, meskipun Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri, jumlah undi yang diterima PH turut membawa mesej penting yang tidak seharusnya dipandang ringan.

“Keputusan sudah dibuat, rakyat telah memilih dan kita perlu menghormatinya.

“Tahniah kepada BN atas kemenangan membentuk kerajaan Johor selepas keputusan rasmi PRN Johor 2026.

“Namun, di sebalik keputusan kerusi, ada satu angka yang wajar direnungkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau menjelaskan PH memperoleh sebanyak 367,525 undi pada PRN Johor 2022, manakala jumlah tersebut meningkat kepada 611,983 undi pada pilihan raya kali ini.

Angka itu, ujarnya, menunjukkan pertambahan sebanyak 244,458 undi atau peningkatan kira-kira 67 peratus berbanding pilihan raya negeri yang lalu.

Menurutnya, peningkatan ketara itu membuktikan lebih 600,000 pengundi Johor masih meletakkan kepercayaan kepada PH, walaupun sokongan tersebut tidak diterjemahkan kepada pertambahan kerusi yang mencukupi.

Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu berkata, sistem pilihan raya negara menentukan pembentukan kerajaan berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi dan bukannya jumlah keseluruhan undi popular.

“Disebabkan itu, walaupun undi PH meningkat dengan ketara, ia tidak semestinya diterjemahkan kepada lebih banyak kerusi.

“Namun, angka ini tetap membawa satu mesej penting. Lebih 600,000 rakyat Johor masih meletakkan kepercayaan kepada Pakatan Harapan dan kepercayaan itu bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan,” katanya lagi.

Untuk rekod, keputusan PRN Johor malam tadi menyaksikan PH memenangi lapan kerusi manakala BN menguasai 48 daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Daripada lapan kerusi PH, DAP memenangi enam kerusi, manakala PKR dan AMANAH masing-masing satu kerusi.

Mengulas lanjut, Firdaus berkata, keputusan PRN Johor kali ke-16 itu juga tidak harus dianggap sebagai penamat kepada perjuangan PH di negeri berkenaan.

Sebaliknya, kata beliau, PH perlu menerima keputusan itu sebagai amanah untuk memainkan peranan sebagai pembangkang yang bertanggungjawab, menyokong dasar yang memberi manfaat kepada rakyat serta menegur kerajaan negeri apabila diperlukan.

Katanya, PH juga perlu terus bekerja dan memperkukuh hubungan dengan masyarakat bagi membalas kepercayaan yang diberikan oleh para pengundi.

“Kepercayaan rakyat perlu dibalas dengan kerja, bukan sekadar kata-kata. Perjuangan tetap diteruskan kerana Johor milik semua.

“Apa yang paling penting, demokrasi kekal hidup dan perlu terus dipelihara supaya sentiasa subur,” kata Firdaus.

Dalam masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada setiap pengundi yang memilih PH serta menyifatkan perjalanan PRN Johor kali ini sebagai satu pengalaman politik yang amat bermakna.

Related Posts

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

IPOH – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengelak menjawab secara langsung soalan berhubung pendiriannya terhadap janji untuk meletakkan jawatan sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai petunjuk berlakunya penolakan dalam kalangan pengundi Melayu terhadap Pas dan Perikatan Nasional (PN), sekali gus menafikan dakwaan wujudnya ‘gelombang hijau’ yang berterusan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS