Kos kesihatan, ekonomi akibat vape cecah RM369 juta

KUALA LUMPUR – Beban kos kesihatan dan ekonomi akibat penyakit berkaitan penggunaan vape dianggarkan mencecah kira-kira RM369 juta setahun, jauh melebihi jumlah hasil duti eksais daripada produk vape yang dikutip kerajaan,

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, kutipan hasil duti eksais daripada produk vape bukan justifikasi untuk membenarkan penjualannya di pasaran.

“Bagi tempoh pelaksanaan duti eksais terhadap produk rokok elektronik atau vape, jumlah kutipan yang direkodkan adalah sebanyak RM80.32 juta pada 2023, meningkat kepada RM111.14 juta pada 2024 dan RM118.93 juta pada 2025.

“Bagi tempoh 1 Januari hingga 11 Jun tahun ini, kutipan direkodkan bernilai RM44.11 juta, menjadikan jumlah keseluruhan kutipan duti eksais adalah sebanyak RM354.51 juta,” menurut KKM, seperti dilapor Bernama.

Kenyataan KKM itu bagi menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew tentang cadangan pengharaman, jumlah kutipan hasil cukai dan justifikasi kebenaran penjualan vape berikutan risiko kesihatan yang tinggi.

Selain itu, Kementerian sedang memperkukuh kawalan terhadap produk berisiko tinggi termasuk meneliti cadangan mengharamkan vape jenis berbotol susulan risiko tinggi dicampur dengan dadah dan bahan terlarang.

KKM memaklumkan sebarang keputusan rasmi termasuk cadangan pengharaman yang lebih menyeluruh akan terus dinilai berdasarkan bukti saintifik, data semasa, dan kepentingan kesihatan awam.

Menurut kementerian itu, buat masa ini, kerajaan memberikan tumpuan penuh kepada pelaksanaan dan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] yang menyediakan kerangka kawal selia komprehensif terhadap semua produk merokok termasuk vape.

Kementerian itu memaklumkan keutamaan diberikan terhadap penguatkuasaan Akta 852, khusus bagi melindungi orang belum dewasa (OBD), iaitu individu berumur di bawah 18 tahun.

“Hal ini selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13(1) yang melarang penjualan produk merokok kepada OBD, Seksyen 13(3) melarang pembelian oleh OBD, serta Seksyen 17 yang melarang penggunaan mana-mana produk merokok oleh golongan berkenaan,” menurut kementerian itu.

KKM memaklumkan pendekatan kawal selia yang tegas menerusi Akta 852 bertujuan mengurangkan akses serta penggunaan produk merokok bagi memastikan perlindungan kesihatan awam, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Related Posts

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SHAH ALAM –  Kualiti rangkaian internet tetap di Malaysia semakin meningkat sehingga dinobatkan tempat kedua dalam kalangan lima negara terbaik di Asia Tenggara. Pencapaian itu berdasarkan data platform bebas pengukuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

PUTRAJAYA – Isu persepsi antara cabaran paling kritikal bukan sahaja terhadap organisasi kerajaan dan swasta, malahan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, Hisyam Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM