Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin

SHAH ALAM – Selangor berpotensi mencapai nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) RM500 bilion lebih awal daripada sasaran asal, sekali gus menjadi negeri pertama di Malaysia mencatat nilai ekonomi pada tahap berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkembangan itu berdasarkan prestasi semasa ekonomi negeri yang terus menunjukkan daya tahan dan pertumbuhan kukuh.

Menurut beliau, Selangor kini kekal sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia dengan menyumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara.

“Selangor mencatatkan kadar pertumbuhan 6.3 peratus, mengatasi pertumbuhan nasional sebanyak 5.2 peratus.

“Sektor Perkhidmatan dan Pembuatan pula terus menjadi pemacu utama ekonomi negeri dengan sumbangan kumulatif 89.3 peratus kepada KDNK Selangor, sekali gus mencerminkan struktur ekonomi negeri yang kukuh dan berdaya tahan,” kongsinya di Facebook.

Amirudin berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Statistik Data Negeri/Wilayah (MSDNgW) Selangor Bil. 1/2026, hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat berkenaan menjadi platform penting bagi memperkukuh penggunaan data dan statistik sebagai asas kepada perancangan serta penggubalan dasar Kerajaan Negeri yang lebih tepat, berkesan dan berpandukan bukti.

“Data ini amat penting dalam merancang dasar-dasar pembangunan negeri, termasuk penyediaan Rancangan Selangor Kedua (RS-2) yang akan dibentangkan pada Ogos ini, selain penyediaan Belanjawan Negeri Selangor agar lebih bersasar, berkesan dan memenuhi keperluan rakyat,” katanya.

Dalam mesyuarat itu, Timbalan Ketua Perangkawan Malaysia, Wan Mohd Shahrulnizam Wan Mohd Najuri turut membentangkan prestasi ekonomi Selangor berdasarkan data terkini.

Amirudin berkata, prestasi ekonomi negeri yang memberangsangkan itu turut disokong KDNK per kapita yang melebihi purata nasional serta daya tarikan pelaburan yang berterusan.

Menurutnya, perkembangan berkenaan mengukuhkan lagi kedudukan Selangor sebagai antara enjin utama pertumbuhan ekonomi negara.

“Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh budaya membuat keputusan berasaskan data agar setiap dasar dan inisiatif yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat serta memastikan Selangor kekal sebagai negeri peneraju pembangunan dan kemakmuran negara,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan