Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

PORT DICKSON – Kegemilangan Pesta Sukan Air serta Pesta PD yang pernah menjadi acara ikonik Port Dickson sekitar era 1990-an perlu dihidupkan semula agar aura destinasi peranginan itu kembali menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Pengusaha bot, Affendi Sulaiman, 35, berkata, suasana meriah yang pernah diwujudkan menerusi penganjuran acara berkenaan suatu ketika dahulu berjaya menarik kehadiran pelancong dari seluruh negara, namun kemeriahan itu dilihat semakin hilang sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, Pesta PD bukan sekadar acara pelancongan, sebaliknya menjadi platform yang menggerakkan ekonomi setempat apabila pelbagai lapisan masyarakat termasuk pengusaha bot, hotel, inap desa, pengusaha makanan dan peniaga kecil menerima limpahan pendapatan.

“Hidupkan semula Pesta Sukan Air dan Pesta PD Negeri Sembilan. Setakat ini acara-acara yang dilakukan tidak dapat menyaingi kekuatan pesta tersebut. Masa itu seronok, bukan sahaja orang sini, malah sesiapa sahaja boleh menyertai acara itu.

“Kita mahu lihat semula Port Dickson hidup seperti era 1990-an. Ketika itu, aura Pesta PD begitu kuat sehingga orang sanggup datang dari jauh kerana mahu merasai kemeriahan acara tersebut,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP), pada Selasa

Namun, menurut Affendi, hingga kini belum ada pendekatan yang holistik dalam memperkasa pelancongan di Port Dickson dan dia berpandangan kalau mereka lakukan semula aktiviti segah Pesta Sukan Air dan Pesta PD Negeri Sembilan, sudah pasti pelancongan di Port Dickson akan bertambah baik.

Tambahnya, pembangunan seperti kemudahan rekreasi, aktiviti sukan air dan tarikan baharu mampu menjadikan kawasan itu lebih menarik selain bersaing dengan destinasi pelancongan lain.

“Di sini kita lihat situasinya sama, tiada tarikan baharu. Pelancong datang hanya untuk ke pantai sahaja. Perlu ada sesuatu yang menarik seperti aktiviti sukan air atau perkara lain kerana kalau masih kekalkan perkara ini, pelancongan Port Dickson tidak boleh pergi jauh,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pengusaha bot, Roslan Alias, 68, berkata, Port Dickson perlu dipromosikan secara lebih agresif supaya kembali dikenali sebagai antara destinasi pelancongan utama negara.

Katanya, walaupun Port Dickson berada tidak jauh dari Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), usaha promosi serta pengenalan tarikan baharu masih perlu dipertingkatkan bagi menarik lebih ramai pelancong.

“Port Dickson kena dipromosikan setanding kawasan pelancongan lain. Diharapkan agar promosi diperhebatkan dengan holisitik agar orang tahu betapa Malaysia mengutamakan Port Dicmaon sebagai salah satu kawasan pelancongan utama di Malaysia.

“Di sini kita lihat situasinya sama, tiada tarikan baharu. Pelancong datang hanya untuk ke pantai sahaja. Perlu ada sesuatu yang menarik seperti aktiviti sukan air atau perkara lain seperti Pesta Air,” katanya.

Sementara itu, peniaga pakaian, Nur Saleha Mahmod, 37, berkata, penganjuran acara di Pantai Teluk Kemang perlu diperkasakan supaya memberi manfaat terus kepada peniaga dan komuniti setempat.

Menurutnya, acara yang dianjurkan juga perlu mengambil kira keperluan peniaga dengan memastikan kehadiran pengunjung turut diterjemahkan kepada peningkatan jualan.

“Di sini memang selalu buat acara. Tetapi kita kena lihat juga pengunjung yang datang itu bagaimana, sama ada mereka datang untuk berbelanja atau sekadar hadir melihat acara sahaja.

“Kalau ada acara yang lebih sesuai dan boleh menarik lebih ramai pengunjung, sudah tentu ia akan membantu peniaga di sini,” katanya.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia