Citrawarna 2026 kembali selepas sedekad perkukuh promosi pelancongan budaya negara

KUALA LUMPUR – Penganjuran festival kebudayaan Citrawarna 2026 yang kembali mewarnai negara selepas sedekad berehat, menjadi platform penting dalam mempromosikan kepelbagaian budaya Malaysia kepada dunia.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man berkata, acara berprestij itu bertujuan menarik kedatangan lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa.

Menurut beliau, program tiga hari bermula 24 hingga 26 Julai itu mengangkat tema ‘The Colours of Malaysia: The Rhythm. The Soul. The Nation’.

“Penganjuran semula festival itu membuktikan komitmen teguh kerajaan dalam memelihara dan memperkasakan warisan budaya masyarakat pelbagai kaum yang menjadi identiti negara.

“Citrawarna 2026 bukan sekadar sebuah acara kebudayaan, malah menjadi platform nasional yang memperlihatkan kekayaan warisan pelbagai kaum serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Chiew memberitahu bahawa kemuncak program tersebut adalah acara Citra Perarakan yang menghimpunkan lebih 3,500 peserta dari kesemua 14 negeri.

Tambahnya, perarakan gilang-gemilang di Dataran Merdeka itu turut merangkumi penyertaan pelbagai komuniti termasuk Orang Asli, Cina, India, dan Sikh.

Acara tersebut menyajikan persembahan kebudayaan yang mewakili wilayah utara, selatan, tengah, pantai timur, Sabah, dan Sarawak sekali gus memberikan pengalaman unik kepada ribuan pengunjung.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan atas kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meluangkan masa menyaksikan perarakan tersebut di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Menyentuh mengenai kontinjen Sarawak, Chiew memuji keunikan budaya negeri itu yang menyerlah menerusi persembahan tarian tradisional masyarakat Iban, Orang Ulu, Melanau, dan Bidayuh.

Katanya, persembahan yang diiringi alunan alat muzik tradisional sape serta elemen hutan hujan tropika itu berjaya menonjolkan identiti unik Sarawak di pentas kebangsaan.

Beliau berharap agar inisiatif berterusan kementerian itu mampu menyumbang kepada pertumbuhan sektor pelancongan dan ekonomi negara secara mampan pada masa hadapan.

Related Posts

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

PEKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penahanan 30 rakyat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian. Menteri Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ambil maklum laporan syarikat pembangunan kecerdasan buatan (AI), Anthropic berhubung penyalahgunaan model AI Claude. MCMC berkata, perkara yang dinyatakan dalam laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana