Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

KOTA KINABALU – Kerjasama teknologi mesti menghasilkan peningkatan yang boleh diukur dari segi produktiviti, kemahiran tempatan dan peluang pekerjaan supaya dapat menyumbang secara bermakna kepada ekonomi Sabah.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, transformasi digital seharusnya menyelesaikan masalah operasi sebenar, meningkatkan prestasi organisasi dan mewujudkan nilai yang nyata, bukannya sekadar mengguna pakai teknologi tanpa matlamat yang jelas.

“Kecerdasan buatan, pengkomputeran awan, analitik data dan automasi boleh membantu perniagaan di Sabah beroperasi dengan lebih cekap, mengurus kos, memperkukuh rantaian bekalan serta membuat keputusan yang lebih tepat berdasarkan maklumat.

“Bagaimanapun, keberkesanan teknologi perlu diukur berdasarkan peningkatan dalam produktiviti, tadbir urus, kualiti perkhidmatan dan daya tahan perniagaan,” katanya.

Beliau bwrkata demikian pada Majlis Pemeteraian Memorandum Perjanjian antara Sri Komputer Sdn Bhd dan Infor (Malaysia) Sdn Bhd di sini, pada Selasa.

Menurur Masidi, kerjasama antara penyedia teknologi antarabangsa dengan syarikat tempatan dapat menggabungkan kepakaran global dengan pengetahuan mengenai persekitaran operasi dan keperluan pelanggan di Sabah.

Katanya, proses pendigitalan perlu disokong oleh keselamatan siber, perlindungan data, ketelusan, akauntabiliti dan pengawasan manusia.

“Teknologi seharusnya memperkukuh pertimbangan yang baik, bukannya menggantikannya.

“Saya berharap latihan, pemindahan pengetahuan dan pembangunan profesional diberikan penekanan bagi memastikan rakyat Sabah dapat mengambil bahagian dalam bidang teknikal, pengurusan dan inovasi yang mempunyai nilai lebih tinggi.

Masidi berkat, ekonomi digital yang mampan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kepakaran dari luar.

“Sabah mesti terus membangunkan tenaga profesional, usahawan teknologi dan penyedia penyelesaiannya sendiri,” tegasnya.

Tambahnya, kejayaan kerjasama itu akhirnya akan dinilai berdasarkan keupayaannya meningkatkan produktiviti, membangunkan bakat tempatan dan mewujudkan nilai berkekalan untuk Sabah.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan