Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

KULIM – Kebakaran besar yang memusnahkan empat kilang di Kawasan Perindustrian Taman Makmur, di sini hari ini berjaya dikawal anggota bomba selepas lebih dua jam operasi pemadaman dijalankan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 6.57 pagi sebelum pasukan bergegas ke lokasi.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya daripada terus merebak pada pukul 9.20 pagi meskipun anggota berdepan beberapa cabaran sepanjang operasi.

“Kelewatan sedikit untuk tiba ke lokasi disebabkan keadaan aliran trafik pada waktu puncak, namun anggota berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh kira-kira dua jam enam minit,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurutnya, operasi itu melibatkan empat balai bomba iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, BBP Kulim Hi-Tech, BBP Kuala Ketil serta sebuah lagi BBP Sungai Petani, selain dibantu 16 Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

“Seramai 114 anggota terlibat dalam operasi ini bagi memastikan api tidak terus merebak ke premis lain,” ujarnya.

Tambah beliau dua daripada empat kilang yang terbakar mengalami kemusnahan kira-kira 90 peratus, manakala dua lagi dianggarkan musnah sekitar 60 peratus.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan