Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

KUALA LUMPUR – Dakwaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa nama Kerajaan Perpaduan telah disepakati namun ditukar Kerajaan MADANI tanpa pengetahuan parti itu membuktikan UMNO sedang melakukan repositioning politik untuk mengukuhkan semula identitinya di hadapan pengundi, khususnya kaum Melayu.

Penganalisis sosiopolitik, keselamatan dan hubungan antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, persepsi yang diangkat Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu membuka ruang kepada tafsiran bahawa UMNO sedang berusaha memperkukuh semula identiti dan kedudukan politiknya dalam Kerajaan Persekutuan bagi memastikan hasrat menyegerakan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dapat direalisasikan

Menurut beliau, jika penggunaan nama Kerajaan Perpaduan benar-benar merupakan perkara yang telah dipersetujui sejak awal, UMNO harus menjelaskan secara terperinci mengapa perkara itu tidak dipersoalkan dengan serius sebelum ini.

“Kalau penggunaan nama Kerajaan Perpaduan memang sudah dipersetujui sejak awal, persoalannya mengapa perkara ini hanya sekarang menjadi isu yang besar? Timing itu penting kerana kita bercakap mengenai sebuah parti yang sedang berdepan keperluan untuk memperjelaskan identitinya kepada akar umbi dan pengundi menjelang PRU16.

“Jika penggunaan istilah Kerajaan MADANI telah berlangsung sekian lama dan tidak menjadi pertikaian utama sebelum ini, maka masyarakat mempunyai sebab untuk mempersoalkan mengapa ia kini diangkat sebagai isu politik yang signifikan,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 (PAU2026) mempersoalkan perubahan nama kerajaan gabungan itu apabila Kerajaan Perpaduan yang dipersetujui sebelum ini bertukar kepada Kerajaan MADANI.

Ahmad Zahid menggesa supaya cadangan ‘gabungan besar’ yang dikemukakannya dibina berasaskan persefahaman bersama serta saling menghormati perjanjian dipersetujui.

Mengulas lanjut, Nur Ashikin berpandangan, UMNO seharusnya bersikap matang menyelesaikan pertelingkahan tersebut menerusi saluran mahupun perbincangan dalam parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan jika benar UMNO tidak dimaklumkan mengenai perubahan atau penggunaan identiti Kerajaan MADANI, bukannya dibahaskan sehingga menjadi pendebatan terbuka.

Beliau berkata, UMNO sebagai sebahagian parti komponen Kerajaan Perpaduan memiliki hak mengkritik kerajaan, namun parti itu perlu memastikan teguran berkenaan tidak kelihatan seperti usaha menjauhkan diri daripada keputusan dan kerjasama yang telah dibentuk bersama sejak 2022.

“Persoalannya, apakah masalah sebenar yang ingin diketengahkan oleh UMNO? Adakah isu nama kerajaan, proses membuat keputusan, kedudukan UMNO dalam kerajaan atau hala tuju politik menjelang PRU16?

“Penjelasan yang jelas penting supaya kritikan itu lebih berwibawa dan tidak menimbulkan persepsi bahawa sesuatu isu hanya digunakan apabila ia mempunyai nilai politik tertentu,” katanya.

Sekiranya UMNO mahu memperkukuhkan kedudukannya menjelang PRU16, Nur Ashikin berkata, parti itu seharusnya menawarkan naratif politik, dasar dan penyelesaian lebih jelas yang dilihat merupakan pendekatan lebih meyakinkan, bukannya menjadikan identiti nama Kerajaan Persekutuan sebagai senjata politik dalam memikat hati rakyat.

Tambahnya, parti itu seharusnya perlu berhati-hati agar kritikan terhadap rakan Jemaah Menteri tidak dilihat sebagai usaha melemahkan kerajaan sehingga menjadi sekadar isu retorik politik dan tidak membawa manfaat terhadap kepentingan negara sehingga menjejaskan kestabilan politik yang turut memberi kesan kepada ekonomi, khususnya pelabur asing.

“Kestabilan politik Malaysia sendiri merupakan aset strategik negara. Oleh itu, semua parti, perlu membezakan antara political competition dan political destabilisation. Persaingan untuk mendapatkan sokongan rakyat adalah normal menjelang PRU16, tetapi jangan sampai kepentingan survival parti mengatasi kepentingan kestabilan negara. 

“Jika UMNO mahu kembali memperkukuhkan kedudukannya, pendekatan yang lebih meyakinkan bukan sekadar membangkitkan isu nama kerajaan, tetapi menawarkan naratif alternatif, dasar yang jelas dan penyelesaian konkrit kepada rakyat. 

“Begitu juga kerajaan pimpinan Anwar perlu memastikan konsep MADANI tidak dilihat sebagai sekadar penjenamaan politik, sebaliknya diterjemahkan melalui keberkesanan dasar, reformasi dan penyampaian kepada rakyat.  Dengan pendekatan tersebut, perbezaan politik boleh menjadi mekanisme semak dan imbang, bukannya sumber ketidakstabilan politik,” katanya.

Related Posts

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan akan memasukkan elemen citra Sabah dalam kurikulum baharu bagi murid Darjah Satu dan pelajar Tingkatan Satu bermula tahun hadapan Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU