Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

PUTRAJAYA  – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan hari ini.

“Seri Padukan Baginda (SPB) juga berkenan supaya permohonan pengampunan Yang Berbahagia Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak,” menurut kenyataan media itu.

Dalam kenyataan sama, Sultan Ibrahim telah berkenan untuk membebaskan 65 banduan pada 11 September 2026.

Ujar kenyataan itu, semua banduan bukan warganegara hendaklah diusir dan dihantar pulang ke negara asal dalam tempoh enam bulan selepas dibebaskan.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok