Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

SANDAKAN – Dua lelaki ditahan selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah membongkar kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi membabitkan nilai keseluruhan rampasan lebih RM2 juta di sebuah jeti di daerah ini, pada petang Khamis.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Amri Abd Rahman berkata, operasi pada pukul 3.55 petang itu turut membawa kepada rampasan sebuah kapal kargo, lori tangki, kira-kira 28,000 liter diesel serta beberapa peralatan.

“Kedua-dua suspek berusia 25 dan 28 tahun ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen berkaitan sumber bekalan diesel daripada pembekal yang sah.

“Operasi dijalankan PPM Sandakan susulan maklumat orang awam sebelum risikan dilakukan di lokasi.

“Pasukan kemudian mengesan sebuah lori tangki dan pemeriksaan mendapati berlaku aktiviti pemindahan diesel daripada sebuah kapal kargo ke lori berkenaan,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Tambahnya, minyak diesel yang dirampas dianggarkan bernilai RM130,760, manakala nilai keseluruhan rampasan termasuk kapal, kenderaan dan peralatan mencecah RM2,082,760.

“Antara rampasan ialah sebuah kapal kargo jenis besi dan lori tangki Nissan Diesel berkapasiti 15,000 liter,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” kongsinya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata PPM Wilayah 4 Sabah merekodkan 112 kes mengikut akta berkenaan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

“Daripada jumlah itu, seramai 103 individu ditahan dengan nilai keseluruhan rampasan RM25.87 juta.

“PPM akan terus memperhebat risikan, pemantauan dan operasi penguatkuasaan bagi membanteras penyelewengan barangan kawalan,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi membantu membanteras aktiviti menyalahi undang-undang.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan