Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan terganggu dan menjejaskan 22,798 penumpang.

Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Lukman F Laisa, berkata 16 penerbangan antarabangsa dibatalkan, tujuh ditangguhkan dan lima dijadualkan semula.

Beliau berkata, ia membabitkan penerbangan dari dan ke Kuala Lumpur, Singapura, Hong Kong, Sydney, Seoul/Incheon, Doha serta Amsterdam.

Bagi penerbangan domestik, katanya, empat penerbangan dibatalkan dan satu dilencong membabitkan Lampung, Denpasar serta Surabaya.

Makassar serta Singapura merekodkan jumlah penerbangan terjejas tertinggi bagi laluan domestik dan antarabangsa, masing-masing sebanyak 16 serta 11 penerbangan.

“Fokus utama semua petugas lapangan terbang dan syarikat penerbangan ketika ini ialah menyalurkan maklumat secara berkala, memastikan ketersediaan ruang menunggu, serta mengendalikan penumpang mengikut prosedur,” katanya dalam satu kenyataan, seperti dilapor Bernama.

Badan Geologi dalam laporan khas disiar melalui laman sesawangnya, semalam, memaklumkan Gunung Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda antara Jawa dan Sumatera, kekal pada Tahap III (Siaga) sejak 2 Julai lalu dengan letusan berulang memuntahkan bahan pijar serta abu gunung berapi.

Agensi itu memaklumkan aktiviti letusan berterusan disertai bunyi gemuruh direkodkan sejak jam 11.07 malam waktu tempatan semalam.

Menurutnya, fenomena menyerupai pancutan lava dan menghasilkan aliran lava, manakala zon larangan dalam lingkungan tiga kilometer di sekitar gunung berapi itu kekal berkuat kuasa.

Menjelaskan lanjut, Lukman berkata, lapangan terbang berkenaan pada mulanya ditutup dari jam 1.30 hingga 5.30 pagi waktu tempatan.

Katanya, ia selepas ujian dijalankan antara jam 12.35 tengah malam hingga 1.05 pagi mencatat petunjuk penyebaran abu gunung berapi di Soekarno-Hatta, sebelum tempoh penutupan dilanjutkan hingga jam 9.30 pagi susulan satu lagi ujian oleh Stesen Meteorologi Kelas I Soekarno-Hatta.

Beliau berkata, perhatian khusus diberikan kepada usaha memulihkan jadual penerbangan berikutan kemungkinan kesan berantai terhadap pusingan operasi pesawat, ketersediaan pesawat, jadual penerbangan seterusnya dan kapasiti terminal.

“Keselamatan kekal menjadi keutamaan dalam setiap keputusan operasi.

“Pelarasan operasi penerbangan akan terus dilakukan secara dinamik berdasarkan perkembangan keadaan di lapangan,” katanya.

Lukman menasihati penumpang yang merancang perjalanan melalui Soekarno-Hatta supaya memantau maklumat terkini daripada syarikat penerbangan masing-masing mengenai status penerbangan, dan tidak menuju ke lapangan terbang buat sementara waktu.

Related Posts

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

JEREBU yang melanda negara-negara ASEAN telah berlarutan cukup lama. Hal ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan rakyat, malah turut menghambat aktiviti harian rakyat di pelbagai negara. Semuanya berpunca daripada kebakaran hutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Macron ikrar ambil tindakan terhadap perusuh, hampir 2,400 ditahan

PARIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berikrar memastikan pihak yang terlibat dalam keganasan dan kemusnahan harta benda di negara itu dipertanggungjawabkan susulan demonstrasi besar-besaran yang mencetus kekacauan selama dua hari.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA