200 etnik Rohingya dipindahkan dari Penaga ke UNHCR Kuala Lumpur

SEBERANG PERAI – Seramai kira-kira 200 etnik Rohingya yang menetap di perkampungan nelayan Kuala Muda, Penaga, Seberang Perai Utara dipercayai telah dipindahkan dari kawasan itu, mulai petang semalam.

Kesemua mereka terdiri lelaki dan wanita dewasa termasuk warga emas, remaja, kanak-kanak dan bayi itu dibawa menggunakan empat buah bas persiaran bermula pukul 5 petang hingga 10 malam tadi.

Media difahamkan, urusan membawa keluar kesemua mereka yang dipercayai menyewa di 33 buah kediaman di situ dijalankan oleh pihak berkuasa, Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) Kota Kuala Muda, Penaga serta melibatkan kerjasama kariah di kawasan berkenaan.

Ketua Aktivis Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang (Surplus), Sophian Mohd Zain berkata, pihaknya turut berada di lokasi kejadian ketika operasi memindahkan kesemua etnik Rohingya di lokasi berkenaan semalam.

“Mereka dibawa dengan menaiki empat buah bas persiaran. Kumpulan pertama dibawa keluar pada petang semalam dengan menggunakan sebuah bas manakala yang selebihnya dibawa keluar malam tadi dengan tiga lagi bas.

“Proses membawa keluar mereka berlaku dengan tenang dan lancar serta tiada provokasi daripada penduduk setempat.

“Ya…kesemua mereka dipercayai sudah lama menyewa di kawasan perumahan nelayan di Kuala Muda. Mereka tinggal berkeluarga dan majoritinya bekerja sebagai nelayan dan berniaga,” katanya .

Menurut Sophian, kehadiran etnik Rohingya di situ dikatakan telah menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan penduduk tempatan terutama nelayan pantai.

“Kuala Muda merupakan penempatan yang terletak di kawasan luar bandar dan dipercayai dijadikan perkampungan nelayan etnik Rohingya sejak hampir 20 tahun lalu.

“Hasil dapatan maklumat daripada masyarakat tempatan juga mendapati kehadiran warga asing terbabit telah memberi kesan kepada penempatan penduduk tempatan, aktiviti sosial, pekerjaan dan pendapatan nelayan serta hasil laut,” tambahnya.

Terdahulu, tular video dan gambar yang memaparkan kehadiran beberapa buah bas persiaran dipercayai ketika proses membawa keluar warga asing terbabit dari kawasan berkenaan ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Kuala Lumpur.

Kelmarin, media melaporkan pemegang kad UNHCR yang sah atau individu berdaftar di bawah Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan boleh dihantar pulang selepas selesai menjalani hukuman.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, pemegang dokumen tersebut tidak kebal daripada undang-undang termasuk bagi kesalahan jenayah dan kesalahan lain yang tidak berkaitan imigresen.

Pada 23 Julai lalu, kerajaan mengarahkan UNHCR untuk menghentikan sebarang pendaftaran pelarian ketika ini bagi membolehkan proses menyusun semula program DPP.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, arahan tersebut dibuat selepas keputusan Kabinet dan pada masa ini, terdapat tiga penyelesaian jangka panjang bagi pelarian berkenaan.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram