Boleh kritik tapi jangan fitnah saya – PMX

PORT DICKSON – Semua pihak digesa supaya tidak melemparkan fitnah atau menyebarkan maklumat tidak benar semata-mata untuk meraih kemenangan politik sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, amalan politik yang berteraskan fitnah bukan sahaja menjejaskan keharmonian masyarakat, malah boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi negara dan proses demokrasi.

Beliau memaklumkan, beliau turut menjadi mangsa fitnah, termasuk dakwaan kononnya mengadakan perjumpaan bagi menyebarkan dakyah dalam kalangan anggota tentera dan veteran ketika berkempen pada pilihan raya itu.

“Pagi tadi ada pegawai saya hantar, dia kata, Ooh… Anwar panggil orang sebar di kalangan tentera. Saya pening, politik sampai begitu rupa. Dia ambil keputusan ‘cut, paste’, kemudian sahkan itu sebagai kenyataan.

“Saya bukan sempurna, saya ada banyak kelemahan. Saya juga dalam hidup banyak kesilapan dan kalau terlepas apa-apa keterlanjuran saya minta maaf, tetapi jangan fitnah saya,” katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), pada Jumaat.

Beliau turut mengingatkan bahawa budaya fitnah yang berterusan hanya akan merosakkan nilai kemanusiaan dan menjejaskan usaha membina masyarakat yang bersatu padu serta saling menghormati.

Dalam pada itu, Anwar turut berkongsi pengalaman pernah berdepan pelbagai fitnah dan layanan tidak adil sepanjang hidupnya, sambil berharap semua pihak mengambil iktibar daripada pengalaman itu serta tidak menjadikan fitnah sebagai jalan untuk memperoleh kemenangan politik.

“Saya memohon kerjasama dan sokongan padu warga perkhidmatan awam bagi memastikan keamanan negara terus terpelihara serta membolehkan agenda reformasi dan perubahan kerajaan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI