Sarawak komited perkasa industri pelancongan di Bario

BARIO – Pesta Nukenen dan Kebudayaan Bario 2026 terus menjadi platform utama bagi mempromosikan keunikan budaya, warisan serta keindahan alam semula jadi tanah tinggi di Sarawak.

Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, penganjuran festival itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa pembangunan pelancongan pedalaman.

Menurutnya, Bario mempunyai pelbagai keistimewaan yang sukar ditemui di tempat lain termasuk keindahan alam, kekayaan budaya masyarakat Kelabit, makanan tradisional autentik serta keramahan penduduk.

“Kerajaan Sarawak akan terus memperkukuh pembangunan Bario menerusi pelbagai inisiatif termasuk penambahbaikan akses udara melalui AirBorneo dan projek naik taraf pelabuhan udara STOLport Bario.

“Pembangunan infrastruktur serta penyelenggaraan rangkaian jalan luar bandar turut dilaksana bagi memperkukuh industri pelancongan serta membawa manfaat ekonomi kepada komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pesta Nukenen dan Kebudayaan Bario 2026 yang disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Jumaat. 

Dalam perkembangan sama, Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu turut mengalu-alukan ketibaan Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Henry Jinep di Bario pada Jumaat. 

Beliau memakluman bahawa Henry dijadualkan hadir bagi menyempurnakan majlis penangguhan festival berkenaan, esok.

Gerawat pada masa sama merakamkan penghargaan kepada Rurum Kelabit Sarawak (RKS), agensi kerajaan, pengusaha inap desa dan sukarelawan atas kejayaan penganjuran program tersebut.

Related Posts

Program KAWAN JKOM perkukuh penyampaian maklumat kerajaan kepada masyarakat luar bandar

SIBU – Program KAWAN anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) terus menjadi medium komunikasi berkesan dalam memperkukuh penyampaian inisiatif dan maklumat kerajaan kepada komuniti setempat.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli Parlimen Miri salur RM10,000 sokong penganjuran MSSB di SMK Pujut

MIRI – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pujut menerima peruntukan sebanyak RM10,000 daripada Ahli Parlimen Miri bagi menyokong pembangunan pendidikan dan aktiviti kokurikulum di sekolah berkenaan pada Jumaat. Sumbangan daripada Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak komited perkasa industri pelancongan di Bario

Sarawak komited perkasa industri pelancongan di Bario

Hari Pahlawan terima peruntukan tambahan RM2 juta

Hari Pahlawan terima peruntukan tambahan RM2 juta

Program KAWAN JKOM perkukuh penyampaian maklumat kerajaan kepada masyarakat luar bandar

Program KAWAN JKOM perkukuh penyampaian maklumat kerajaan kepada masyarakat luar bandar

Sebuah lagi kapal milik Petronas akan tiba di Melaka pada Ogos, sudah lepasi Selat Hormuz

Sebuah lagi kapal milik Petronas akan tiba di Melaka pada Ogos, sudah lepasi Selat Hormuz

Boleh kritik tapi jangan fitnah saya – PMX

Boleh kritik tapi jangan fitnah saya – PMX

Malaysia kekal RM1.99 walau seluruh dunia naikkan harga minyak

Malaysia kekal RM1.99 walau seluruh dunia naikkan harga minyak