‘Perkahwinan’ BN-PN bukti politik hipokrit, penyatuan ‘hampas’ – Ibrahim Ali

JELEBU – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Datuk Dr Ibrahim Ali menyifatkan hubungan yang semakin erat antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sebagai satu ‘perkahwinan politik’ yang disifatkannya tidak berlandaskan prinsip.

Beliau mendakwa kerjasama itu memperlihatkan Pas sanggup mengetepikan pendirian yang pernah dipegang apabila kembali bekerjasama dengan UMNO, parti yang sebelum ini sering dikritik berhubung isu rasuah, penyalahgunaan kuasa dan integriti.

“Dulu UMNO dilabel sebagai parti rasuah, salah guna kuasa dan tidak berintegriti. Pas sendiri yang berkempen menggunakan naratif itu, tetapi hari ini mereka pula dilihat menyucikan UMNO.

“Ini politik yang hipokrit. Dahulu mereka maki, kutuk, tuduh dan ejek, akhirnya mereka juga yang kembali berpelukan,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) di sini pada Khamis.

Ibrahim berkata, kerjasama berkenaan dilihat hanya bertujuan meraih sokongan pengundi Melayu dengan membawa naratif perjuangan Melayu dan Islam.

Beliau turut mendakwa gabungan itu merupakan satu bentuk ‘penyatuan hampas’ yang tidak memberi manfaat kepada rakyat, sebaliknya sekadar memenuhi kepentingan politik.

“Apabila sudah mendapat undi, mereka bercakap kononnya pejuang Melayu-Islam. Rakyat perlu menilai sendiri sama ada ini perjuangan sebenar atau sekadar percaturan politik,” katanya.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

SEREMBAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi, Ahmad Shahir Mohd Shah berkata, PH akan terus memberi tumpuan kepada usaha meyakinkan pengundi dengan menawarkan kestabilan politik,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil