Malaysia bimbang ancaman Houthi tutup Selat Bab el-Mandeb, gesa kebebasan pelayaran dipertahan

KUALA LUMPUR – Malaysia menzahirkan kebimbangan terhadap pengumuman dan ancaman terbaharu oleh kumpulan Houthi yang berpotensi menyekat serta menutup laluan strategik Selat Bab el-Mandeb, antara laluan perkapalan paling penting di dunia.

Kementerian Luar berkata, Malaysia menggesa semua pihak terlibat supaya menghormati kebebasan pelayaran serta memastikan keselamatan laluan perdagangan maritim terus terpelihara selaras dengan undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS).

Menurut kementerian itu, dalam keadaan ketegangan serantau di Asia Barat yang semakin memuncak, semua pihak perlu mengelakkan sebarang tindakan provokatif atau ancaman yang boleh menjejaskan keselamatan laluan maritim antarabangsa.

“Kestabilan yang berkekalan hanya dapat dicapai menerusi dialog yang konstruktif, usaha diplomasi dan pematuhan kepada undang-undang antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra memaklumkan bahawa Malaysia akan terus memantau perkembangan keselamatan di rantau berkenaan melalui misi diplomatik negara di luar negara.

Kementerian itu turut menegaskan bahawa Selat Bab el-Mandeb merupakan laluan perdagangan utama yang menghubungkan Asia dan Eropah, justeru sebarang gangguan terhadap pergerakan kapal di kawasan itu bukan sahaja memberi kesan kepada negara-negara di rantau terbabit, malah turut menjejaskan ekonomi global.

“Sebagai sebuah negara yang bergantung kepada perdagangan maritim, Malaysia menegaskan bahawa sebarang gangguan terhadap laluan perkapalan antarabangsa merupakan ancaman langsung kepada kemakmuran negara kerana boleh menjejaskan rantaian bekalan global, keselamatan tenaga dan proses pemulihan ekonomi dunia,” jelas kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, Wisma Putra menasihatkan semua kapal yang berdaftar di Malaysia serta pengendali perkapalan negara supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi semua nasihat keselamatan maritim yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit