Integriti, akauntabiliti dalam tadbir urus institusi agama diperkukuh

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertekad memperkukuh tadbir urus institusi agama berteraskan integriti, akauntabiliti dan kesejahteraan rakyat selaras dengan titah Sultan Nazrin Shah agar negara Islam mengamalkan tadbir urus yang baik serta pembangunan inklusif.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, saranan tadbir urus dan pembangunan inklusif yang berasaskan prinsip “Everyone Matters” (setiap insan dihargai) itu bukan sahaja bertepatan dengan aspirasi Islam, malah sejajar dengan tuntutan Maqasid Syariah dan konsep karamah insaniah.

“Seruan Baginda agar negara Islam memperkukuh tadbir urus dan pembangunan inklusif berasaskan prinsip ‘Everyone Matters’ amat bertepatan dengan aspirasi Islam.

“Prinsip ini sejajar dengan tuntutan Maqasid Syariah dan karamah insaniah yang menuntut keadilan sosial, memelihara kemaslahatan ummah, serta menjamin kebajikan rakyat,” katanya, seperti dilapor Bernama.

Sultan Nazrin pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam ke-8 kelmarin bertitah bahawa perkhidmatan awam yang dilaksanakan demi kepentingan setiap rakyat tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman politik mencerminkan perpaduan negara yang kukuh dan pemimpin yang memerintah dengan rendah hati, mendengar keluhan rakyat sebelum menggubal undang-undang.

Baginda turut bertitah pembangunan tidak boleh dijalankan secara berasingan kerana walau sebanyak manapun sumber yang dimiliki, sesebuah negara itu tidak boleh mengasingkan diri daripada dunia, kerana perdagangan, pelaburan, pertukaran ilmu pengetahuan dan teknologi bertindak sebagai arus yang membawa kepada kemakmuran.

Menghayati titah Sultan Nazrin berhubung tadbir urus yang baik menjadi prasyarat utama kemakmuran, Zulkifli berkata pihaknya bertekad memastikan pengurusan institusi serta belanjawan awam dilaksanakan atas dasar integriti, itqan (kesempurnaan kerja) dan akauntabiliti.

“Kuasa adalah amanah Allah yang wajib dipertanggungiawabkan dengan sikap rendah hati, mendengari keluhan rakyat, dan mengurus harta awam sebagai dokumen moral demi mengutamakan kesejahteraan ummah,” katanya.

Zulkifli turut menyeru agensi agama dan umat Islam untuk mempraktikkan budaya kerja yang berhemah, memperkukuh perpaduan sosial, serta membuka ruang kerjasama dan perkongsian ilmu yang bermanfaat

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit